Sunday 10 November 2013

Masing-masing Tidak Percaya Sesama Sendiri


"Sepanjang 35 tahun saya berada dalam PAS iaitu sejak 1978,
inilah kempen paling teruk pernah saya lihat,"

Menarik untuk dikongsi bersama. Ini hakikat yang kita sebagai manusia tidak boleh tidak; kena terima. Kita bukan maksum.

"...Hari ini Pas sendiri membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin mereka semuanya bernafsu dan semuanya gila jawatan. Laporan dari media rasmi Pas sendiri yang mengesahkan perkara ini...

...Parti islam yang berjuang di jalan Allah dan dibarisi oleh golongan ulama, ustaz, tok guru dan orang-orang beriman pun menipu juga ke ? Kalau tidak menipu atau ada percubaan untuk menipu tak mungkin perkara itu akan dilaksanakan..." ...antara petikan dari blog sahabat RBF Online. Artikel penuh sila ke sini.

"...Agaknyer sebab itu Allah Taala tidak mentakdirkan puak-puak nih memerintah Malaysia.... Sebab mereka nih ramai yang berlakon zuhud, beriman dan beramal...... Tapi rasanyer jauh sungguh iman dari jasad dan roh.... Kalu nak dibandingkan kerendahan diri diorang berbanding dengan puak Tabligh atau Al Arqam... Umpama jauh panggang dari microwave...." ...antara petikan dari blog sahabat Cipan, Tapir & Tenuk (C++). Baca artikel penuh beliau di sini.

Sebelum terlupa. Bandingkan artikel RBF Online yang fabricated dengan artikel Cipan, Tapir & Tenuk (C++) yang agak doctorate. Sambil-sambil itu cuba cari persamaannya.


Sunday 3 November 2013

Menyanggah Tulisan GAP, DET, MIK dan APA. Sila Baca


Kalau tak sukapun, carilah isu lain

Agak hairan bila fokus diberi kepada PRK DUN Sg Limau, ada beberapa blogger pusing kepada Noh Omar. Berita disiar oleh The Malaysia News Online pada 31 Oktober 2013.

Blog pertama mengulas ialah GAP jam 10.40 pagi; diikuti oleh Darul Ehsan Today pada 9:30 petang hari yang sama.

Blog MIK pula menyusul keesokannya (1 November 2013) pada 3.17 petang. Seperti biasa, blog APA tidak mahu ketinggalan dan artikel beliau keluar pada 4.55 petang hari sama.

Saya ambil masa untuk ulas kerana ingin lihat respon. Komen saya hanya disiar oleh GERAKAN ANTI PKR. Satu lagi, APA agak flip flop sekejap boleh komen sekejap tak boleh komen. E-mel saya entah dibaca atau tidak oleh APA. Jika segala artikel atau link yang saya sebut di atas tidak dapat diakses; boleh pergi ke sini.

Tidak dinafikan berita buruk melebihi berita baik tentang Noh Omar menerusi carian Google. Tetapi saya tidak tahu apa motif mereka tiba-tiba hentam Noh Omar atas isu yang tiada.

Jika kita baca apa yang disiar oleh The Malaysia News Online pada 31 Oktober 2013; berita itu lengkap dan tidak ada salah fakta tentang perlembagaan yang diputuskan oleh Noh Omar sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Selangor.

ISUnya adalah MESYUARAT PEMUDA DAN PUTERI Bahagian Sepang TIDAK SAH dan Fasal yang dirujuk adalah Fasal 14.3 dan Fasal 14.4.3 perlembagaan. Oleh itu segala yang berkait termasuk wakil-wakil yang dipilih sewaktu mesyuarat tersebut juga tidak sah. Itu saja.

Jika isunya ialah tentang wakil-wakil yang dipilih itu MELEBIHI peruntukan Fasal 14.4.5, barulah Fasal 14.4.5 disebut dan terpakai dalam surat tersebut. Saya cuma ulas isu yang dimainkan oleh mereka konon-kononnya 'Noh Omar salah fakta'; bukan isu lain ya. Jangan spin pula. Ada permainan baru kah selepas PRK atau...

Ada apa-apa kah?

Wednesday 30 October 2013

Link-Up Yang Lingkup


Bila nak buat operasi menyeluruh seluruh Malaysia?

Kita tinggalkan sebentar PRK DUN Sg Limau. Ini soal keselamatan dalam Negara yang libatkan banyak jabatan; antaranya

Link-Up atau Lingkup? Baca seterusnya di sini

Jangan marah. Bukti di depan mata. Sebelum ini memang tak buat kerja kah? Baca SINI


Sekadar contoh

Adakah masalah PATI akan selesai selepas 20 Januari 2014 ???

Friday 11 October 2013

Tanggungjawab


Tun pun main kotor nampak...

Sebuah institusi kewangan diluluskan Bank Negara untuk beroperasi setelah segala prosedur dan polisi sempurna untuk ia beroperasi sebagai sebuah institusi kewangan. Malangnya seorang pegawai di salah satu cawangan berjaya manipulasi polisi dan prosedur untuk buat keuntungan peribadi. Kes dikesan setelah pendeposit kembali dari luar negara menyemak buku simpanan (sebelum ini diamanahkan kepada pegawai terbabit untuk disimpan) dapati banyak transaksi keluar masuk dalam buku simpanan beliau. Hasil audit dapati pegawai terbabit buat kesalahan dengan gunakan wang beberapa pendeposit sebagai modal peribadi untuk buat urusniaga saham. Pegawai terbabit bertindak meletak jawatan di cawangan institusi kewangan tersebut. Pengurus cawangan pula tidak dapat menikmati apa-apa bonus atau kenaikan gaji atas kecuaian yang berlaku.

Kisah di atas saya kaitkan dengan kenyataan terbuka Tun Dr Mahathir supaya menteri terbabit dengan Laporan Ketua Audit Negara 2012 bertanggungjawab atas kelemahan yang berlaku dalam kementerian masing-masing setelah beri contoh menteri di Jepun serta beliau sendiri yang 'resign' kerana gagal.

Lihat sini :

Tidak ramai yang berani sanggah. Tapi saya memang tidak sangka Tun buat kenyataan sebegini.

Jika ambil kembali contoh kisah yang saya tulis di perenggan pertama; adakah pengerusi institusi kewangan tersebut perlu letak jawatan? Adakah Gabenor Bank Negara perlu letak jawatan? Adakah Menteri Kewangan perlu letak jawatan? Dan oleh kerana pemimpin besarnya adalah Perdana Menteri; adakah Perdana Menteri perlu letak jawatan?

Kita lihat kenyataan ini hanya beberapa hari sahaja sebelum Pemilihan UMNO 2013. Iyalah Mukhriz baru saja jadi MB. Belum timbul kelemahan ketara dalam pentadbiran beliau.

Saya mohon agar Tun bertanggungjawab secara terbuka minta maaf atas kenyataan tersebut kerana video itu terbuka satu dunia.


Thursday 10 October 2013

Panas Dari Kuali


Tiba-tiba popular, nanti bertandinglah AJK Bahagian
syarat minima...

Kata sarapan, tapi pesanannya mengalahkan makan tengahari. Kata 50 orang, lepas itu 200 orang; tapi yang datangnya 400 orang. Restoran kena tutup untuk beri 'privasi' tetamu istimewa. Harga makanan pun ditutup untuk hari itu kerana tidak terima tetamu lain.

Kata makanan tak sedap, Kak Yah masak untuk 600 orang habis juga kena bungkus. Lepas itu, wakil Mukhriz buat laporan hingga serbuan dilakukan oleh anggota Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK). Tindakan ini (serbuan dan laporan di akhbar) berjaya tutup motif sebenar beberapa pihak.

Dah dalam kepala saya : Siapa yang nak dicantas? Pemilihan semakin dekat, memang cubaan dari dalam untuk tenggelamkan Mukhriz kah, penganjur majlis rasmi hari tu di Pengkalan Chepa, Kota Bharu ada bahagian kah, silap percaturan kah... apa-apa sajalah. Mukhriz cuba hang selidik semula.

Boleh sambung baca SINI.


Monday 30 September 2013

Sampai Bila??? Sudah-sudahlah


Menarik...

Lama saya tak menulis. Membaca saja sambil ikuti perkembangan semasa.

Saya pernah tulis tentang Bingung, Bengong, Bangang. Ingatkan terjadi pada PRU 13 sahaja, rupanya lebih hebat menuju Pemilihan UMNO 2013. Saya cadangkan buatlah beberapa pindaan kepada ayat dalam perlembagaan parti jika perlu selepas ini. Yang ada sekarang ini mungkin belum cukup jelas kepada ahli.

Banyak artikel daripada penulis media cyber pro UMNO sendiri beri peluru hidup kepada musuh. Kalau dah ayat dalam perlembagaan susah difahami bagaimana boleh jadi penulis media cyber? Contohnya:

"...ahli-ahli UMNO yang ingin menawarkan diri untuk bertanding hanya perlu memenuhi kelayakan minima iaitu untuk ahli-ahli Majlis Tertinggi hendaklah sekurang-kurangnya telah menjadi Ahli MT (MT) atau Ahli Jawatankuasa Bahagian (AJK) selama satu (1) penggal."

Mudah saja rasanya ayat di atas. Saya gelapkan yang penting untuk mudah difahami.

Contoh mudah lain: Saya ke tingkat 10 untuk satu tugas. Saya naik lif tekan butang terus sampai tingkat 10. Saya juga boleh naik tangga dari satu tingkat ke satu tingkat untuk sampai ke tingkat 10. Setiap tingkat yang saya lalui saya jumpa bermacam-macam orang.

Naik lif dan naik tangga - kedua-duanya akan sampai ke tingkat 10. Tapi saya tak pernah sampai tingkat 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9 dan bertemu dengan mereka di tingkat-tingkat tersebut jika saya naik lif.

Ayat 'telah menjadi' dalam pindaan perlembagaan itu juga bermaksud 'pernah'. Pernah ke? Tak pernah? Haiii.....


Tuesday 2 July 2013

Sampai Bila??


Bangunlah. Nak tidur sampai bila?

Semakin banyak jabatan ditubuhkan kerajaan baik di bawah kementerian yang ada mahupun di Jabatan Perdana Menteri. Bunyinya seperti pertambahan peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia. Tapi yang tak eloknya ketua-ketua jabatan ini dilantik dari kalangan mereka yang kalah dan tidak disukai rakyat.

Adakah trend sekarang perlu seramai mungkin pembantu seperti apa yang berlaku dalam pengurusan FAM? Peruntukan tidak akan cukup jika Sekretariat FAM perlu 70 hingga 80 petugas berbanding kurang 10 petugas Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) yang bersaing di taraf dunia. Tahap pembangunan seperti itu juga. Selepas Jabatan Strategik, jabatan apa lagi?

Kita pernah ada seorang Perdana Menteri yang dapat kekalkan Barisan Nasional sebagai kerajaan selama 22 tahun (dari 1981 hingga 2003) dan berjaya lepasi halangan 5 PRU. Sebagai pembuat dan pelaksana dasar, beliau dapat seimbangkan pembangunan dalam negara malah menaikkan nama Malaysia.

Hanya dengan pasukan yang benar-benar boleh bekerja, keputusan beliau tidak begitu digemari tetapi kita sendiri lihat hasilnya. Sepanjang 22 tahun itu juga banyak cabaran besar dihadapi beliau tetapi penubuhan beberapa jabatan / agensi hanya kepada keperluan yang benar-benar mendesak. Bangun, bangunlah...


Saturday 15 June 2013

Sampai Bila?


Bangunlah. Nak tidur sampai bila?

Jika jawatan Presiden, Timbalan, ketua Wanita, ketua Pemuda, ketua Puteri tidak perlu dipertanding; dan ahli bawahan cuma perlu bertanding di peringkat cawangan dan bahagian saja; tak payahlah Perhimpunan Agung UMNO (PAU). Buang duit, buang masa saja. Semua akan terus tidur.


Penyokong dan ahli UMNO disuap pemimpin sedia ada. Sampai bila akan jadi lebih terpimpin dan dan lebih kuat? Baca semula ulasan saya tentang pentingnya ahli.

Bangunlah. Apa akan jadi jika penggiat media sosial yang selama ini menyokong kuat UMNO benar-benar terus menyepi dan tidak mahu tunjuk muka seperti apa yang berlaku pada Majlis Pertemuan Penggiat Media Sosial Dengan PM?

Tegur tak kena, tak tegur tak boleh. Jika begini sudahnya, ahli-ahli akan 'benar-benar memilih' pada PRU14...

Sunday 9 June 2013

Semua Kena Kencing


"Kalau nak tolong orang, musti mau tolong betul-betul"
pada minit 1.42 di sini. Kencing baeeeek punya

Tengoklah nanti pemimpin perhimpunan-perhimpunan seperti gambar di bawah hadir atau tidak ke majlis angkat sumpah Parlimen nanti. Jika tidak hadir selepas tempoh dibenarkan, betullah mereka tidak iktiraf keputusan PRU13 dan kerusi-kerusi mereka perlu dipertanding semula. Jika mereka hadir pula, ishhh lagi nak kata pilihanraya tak betul? Jilat ludah sendirilah nampaknya.

Bersih? Perhimpunan Black 505? Tidak iktiraf keputusan PRU13?
Masih ingin ke perhimpunan 15 Jun? Siapa kena kencing?

Sekadar pinjam ayat dari sepanduk di atas:
"Najib, Do You Really Care?"

Oh iya. Mari imbau kemenangan BN atau lebih spesifiknya UMNO. PRU11 2004 - dari 198 kerusi keseluruhan, UMNO menang 110 dari 114 kerusi yang dipertanding. PRU12 2008 pula BN dapat 140 kerusi dan UMNO menang 77 dari 117 kerusi yang mereka bertanding. Terkini - PRU13 BN tinggal 133 kerusi saja yang dimenangi manakala UMNO menang 88 dari 117 kerusi yang ditandingi.

Setiap kali PRU akan ada perkara tak berapa betul melibatkan duit. Bukan 'dalam UMNO' saja, lain-lain parti pun sama dua kali lima. Tetapi jika UMNO menang 115 dari 117 kerusi yang ditandingi; adakah akan berlaku pembunuhan karektor seperti yang berlaku sekarang? 'Character assasination' tidak timbul pada PRU-PRU sebelum ini oleh blogger-blogger Pro BN. Mari baca apa kata Brader Jai tentang apa yang berlaku di Selangor.

Sebelum pilihanraya tolong cantas; pilihanraya sedang berlangsung pun tolong cantas; ini sudah habis pilihanraya masih lagi sibuk tolong mencantas. Berilah pendapat atau cadangan agar UMNO lebih relevan. Yang membaca siapa? Siapa kena kencing ni?


Cili Padi, kickdefella, GWM, RBF sunyi sepi bila tengok
lif pun kena kencing...


Friday 7 June 2013

Serupa MLM, Infinitikah?


Bro, jika pandai mulakan sesuatu; kenalah pandai tamatkannya

Saya teringat satu blog yang bersungguh pertahankan AC Mizal (la ni dah Dato') sewaktu dihentam teruk oleh pengendali blog Aidid Muaddib. Setelah pengendalinya mengeluarkan entri berkaitan Skim Amanah Saham 1 Malaysia sekitar awal Januari 2012, blog tersebut tidak dapat diakses. Sekarang blog tersebut sudah boleh diakses kembali namun beberapa artikel tertentu telah dibuang oleh pengendalinya.

Mungkin blog papagomo akan mengikut jejak aididmuaddib; atau sekurang-kurangnya mengikut jejak pengikut-pengikut Dato AC Mizal yang beralih kepada projek lain dan meninggalkan downliners mereka terkontang kanting setelah masing-masing rasa sudah cukup buat duit melalui skim piramid Dato AC.

Kerana sekarang ini sudah muncul blog baru yang begitu bersopan santun sekali setelah dapat perkenan gelaran 'Sir'. Marilah kita sama-sama baca kupasan beliau yang diharap tidak akan tercemar dengan berita dan/atau video seks. Tanpa berita-berita sebegitu kita masih boleh perjuang apa yang ingin diperjuangkan.


Saturday 1 June 2013

Strategi Yang Parti Parti Politik Tak Lupa, Cuma Lupa Nak Beritahu Pengundi


Tsunami Cina sajakah? Tsunami Melayu, Tsunami India,
pun adaaaaaaaa. Tak percayakah?

Amalan demokrasi di Malaysia benarkan sesiapa yang layak boleh bertanding tetapi lihat apa tujuan bertanding. Sebenarnya sukar untuk menang jika bertanding atas tiket bebas. Tetapi lambakan calon bebas kerusi Parlimen (79) serta DUN (190) PRU13 memeranjatkan. Untuk rekod, seorang saja calon menang bertanding atas tiket bebas setakat ini. Rujuk tahun 1988 bila Shahrir Samad bertanding sebagai calon bebas di kerusi Parlimen Johor Bharu dan menang dengan majoriti lebih 12,000 undi.

SPR...M buatlah lawatan lihat mereka dalam kesusahan (kewangan?) selepas PRU13 atau tidak. Saya amat bersetuju jika deposit calon bertanding dinaikkan kepada satu kadar yang agak tinggi. Jadi bila ingin taja calon bebas bertujuan pecahkan undi parti tertentu kena fikir dua tiga kali. Cuba baca PR Tawar Kamilia Bertanding Sebagai Calon Bebas

Saya tidak menuduh cuma kebetulan saja di mana PKR bertanding di kerusi Perlimen yang diketahui mereka sukar menang; akan ada calon bebas turut bertanding. Contoh terbaik di Sabah: P.169 - Kota Belud, P.170 – Tuaran, P.179 – Ranau, P.182 – Pensiangan, P.190 – Tawau, P.202 - Sri Aman, P.205 – Saratok, P.214 – Selangau, P.220 - Baram. Saya masukkan Parti SWP dalam senarai P.202 - Sri Aman dan P.214 – Selangau kerana tujuan mereka bertanding bukan untuk menang. Cuba baca apa yang ditulis di sini.

Taktik ini sebenarnya boleh makan diri. Lihat P.220 – Baram dan baca siapa Patrick Sibat Sujang yang turut bertanding sebagai calon bebas.

Kita pergi ke kerusi DUN pula:

Lihat imej N.15 - Sanglang (Perlis). Memang patut UMNO pecat mereka yang bertanding atas tiket bebas. Lihat pula N.25 - Bukit Selambau (Kedah).

Di N.40 - Guchil (Kelantan); 2 calon bebas berjaya pecahkan undi dan inilah satu-satunya kerusi DUN PKR menang di Kelantan. Terengganu juga meriah. Ada 8 kerusi DUN di mana calon bebas bertanding. Begitu juga di N.54 - Hutan Melintang (Perak) serta lihat imej N.13 - Kuala Sapetang (Perak). Kenapa saya tunjuk imej ini, jawapannya ada di sini

Di N.34 - Bukit Gasing (Selangor), calon India dari DAP menang bila BN letak calon Cina serta kebetulan ada 2 lagi calon bebas Cina turut bertanding. Pengundi Cina di situ pilih siapa? {Pengundi: 34,584 Pecahan Kaum: M:13.9% C:71.1% I:12.3% L:2.7%}

Menarik bila anda lihat keputusan N.13 - Semambu (Pahang) di mana PKR menang. Cuba baca sedikit tentang calon bebas MOHD SHUKRI MOHD RAMLI.




Begitu juga di kerusi N.10 - Damak (lihat imej) di mana BN menang tipis; juga di N.24 - Luit. Jangan lupa baca sokongan Hadi kepada KOH BOON HENG, calon bebas untuk kerusi N.10 Damak. Baca juga ulasan saya dalam entri sebelum ini.

Calon-calon bebas ini tahu mereka tidak boleh menang di kawasan majoriti Cina, tetapi masih juga ada calon bebas Melayu dan India bertanding seperti di Pulau Pinang (N.17 - Bukit Tengah {Pengundi: 18,928 Pecahan Kaum: M:37.3% C:44.05% I:18.4% L:0.25%} calon bebas India, N.18 - Bukit Tambun {Pengundi: 22,514 Pecahan Kaum: M:13.91% C:67.98% I:17.9% L:0.21%} calon bebas Melayu dan India, N.24 - Kebun Bunga {Pengundi: 19,278 Pecahan Kaum: M:7.48% C:76.69% I:15.09% L:0.74%} calon bebas India, N.30 - Sungai Pinang {Pengundi: 23,501 Pecahan Kaum: M:27.74% C:57.25% I:14.78% L:0.23%} calon bebas Melayu; di Perak (N.28 - Bercham {Pengundi: 32,816 Pecahan Kaum: M:11.13% C:78.34% I:10.39% L:0.14%} calon bebas India); di Selangor (N.06 - Kuala Kubu Baharu {Pengundi: 21,186 Pecahan Kaum: M:32.91% C:42.75% I:20.93% L:0.40%} 2 calon bebas India, N.47 - Pandamaran {Pengundi: 27,594 Pecahan Kaum: M:24.6% C:59.2% I:15.3% L:0.9%} calon bebas Melayu dan India); di Negeri Sembilan (N.21 - Bukit Kepayang {Pengundi: 21,799 Pecahan Kaum: M:17.07% C:59.83% I:21.68% L:0.83%} calon
bebas India); di Johor (N.51 - Bukit Batu {Pengundi: 22,262 Pecahan Kaum: M:30.83% C:61.63% I:7.21% L:0.32%} calon bebas India). Lihat 2 contoh imej keputusan di sebelah

Manakala kerusi N.48 - Kota Alam Shah (Selangor) menyaksikan calon bebas Cina bertanding di kawasan majoriti pengundi Cina {Pengundi: 29,507 Pecahan Kaum: M:17.1% C:58.1% I:23.3% L:1.6%}untuk pecah undi kaum Cina.

Terlanjur sentuh undi kaum India, cuba lihat dua DUN di Selangor yang saya paparkan di bawah:

Apa motif calon bebas dari kaum India bertanding di kawasan majoriti pengundi Melayu? Nak pecahkan undi pengundi India?

Mengapa di kerusi
N.35 - Batu Uban (Pulau Pinang); PKR (menang) letak calon India, BN letak calon Cina; boleh ada hingga 2 calon bebas dari kaum India serta seorang calon bebas Melayu bertanding? {Pengundi: 28,649 Pecahan Kaum: M:26.88% C:58.31% I:14.16% L:0.65%}

Cubaan untuk pecah undi pengundi berlaku seperti contoh di kerusi N.33 - Port Dickson (Negeri Sembilan), N.41 - Puteri Wangsa (Johor) di mana terdapat calon bebas India turut bertanding di kerusi ditandingi calon India dari parti-parti bertanding. Begitu juga calon bebas Cina yang turut bertanding di kerusi yang ditandingi calon Cina dari parti-parti bertanding seperti di N.20 - Kota Laksamana (Melaka), N.28 – Mengkibol (Johor), N.42 - Johor Jaya (Johor)

Manakala di Sabah, daripada 60 kerusi DUN yang kita sedia maklum banyak parti-parti di sana bertanding; separuh dari kerusi-kerusi ini turut ditandingi oleh calon bebas. Malah, lebih dari seorang calon bebas bertanding di N.51 - Kunak, N.52 - Sulabayan, N.53 - Senallang, N.54 - Bugaya, N.58 - Merotai

Tadi saya tulis, strategi ini boleh makan diri. Cubaan pecah undi oleh calon bebas bertanding yang tahu mereka tidak boleh menang akan beri kemenangan atau kekalahan tipis kepada parti bertanding. Lihat imej untuk kerusi N.11 - Kiulu

Untuk lihat keputusan-keputusan yang tidak saya paparkan, boleh rujuk sini. Trend 'mudah terima calon untuk bertanding atas tiket calon bebas' jika tidak dibendung mungkin akan lebih meriah pada PRU14 nanti.


Thursday 30 May 2013

Belajarlah Dari Hadi Awang


3 DUN Terengganu cukuplah

atau begini: PAS pegang satu, DAP pegang satu. Kesian pula PKR, ambillah satu. Jangan tamak, dengar cakap saya - Hadi Awang

Masih lagi dengan ulasan PRU13. Kita fokus 2 negeri:
Anwar jangan fikir dia dah bagus sangat buat demo sana sini. Apa, ada kaitankah dengan bersepahnya calon-calon bebas untuk pecahkan undi? Hadi Awang tak perlu buat itu semua. Selangor pun bagi ke PKR sebab kesian. Lihat bagaimana Hadi atur Kota Damansara hingga PKR duduk tangga terbawah Pakatan. Pengikut dan penyokong PAS tetap support.

Letak satu di Johor, satu di Pulau Pinang. Taklah ketara sangat

Hadi guna semangat kerjasama, jadi BN tak ganggu dia. Sebab itu dia malas nak jawab persoalan-persoalan dari Cipan, Tapir & Tenuk (C++).

Kepada BN khususnya UMNO yang mana masing-masing berjaya tewaskan diri sendiri sebagai calon, pergi belajar dari Hadi Awang. Saya pinjam ayat bhai C++: Ader paham ka....????


Thursday 9 May 2013

Anwar Tak Boleh Terima, Mereka Terima

Mungkin tak berapa betul tajuk yang saya pilih di atas. Tapi itulah hakikat. Masih tak percaya? Tengok bawah:
Majlis angkat sumpah Ketua Menteri Pulau Pinang juga dihadiri 39 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dipilih pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Datuk Ahmad Yakob telah selamat mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan. Hahaha kesian Husam Musa.

Manakala di Selangor, Pakatan Pembangkang pun terima keputusan PRU13 cuma masih tak sepakat tentukan calon sesuai sebagai Menteri Besar. Mari baca apa kata antara orang kuat Pakatan:

Kesimpulannya, ketiga-tiga negeri yang Pakatan Rakyat menang, mereka semua boleh terima keputusan. Itulah kesepakatan Pakatan Rakyat walau tiada sorangpun wakil dari PAS jadi EXCO di Pulau Pinang.

Jadi, apa masalah bang Nuar?
"Aku tetap nak jawatan Perdana Menteri. Kira semula undi, mula dengan Permatang Pauh. Aku tak berani buat repot polis. Boleh siapa-siapa tolong buat, 'please' lorrr..."


Wednesday 8 May 2013

60.40 Peratus Tidak Undi BN


Bersepah di JB. MBJB pun tak kisah...

Untuk ulasan ini, saya fokus kepada kerusi Parlimen.

Keputusan PRU13 tunjukkan 5,263,083 mengundi BN manakala 5,791,494 undi selain dari BN. 202,570 undi ditolak serta tidak dikembalikan. Ini beri jumlah 11,257,147 undi atau 84.70% peratusan mengundi. Apa yang boleh saya rumuskan:

a) BN hanya menang mudah walaupun atas kertas dapat 39.60% undi dari jumlah pengundi berdaftar; pihak lawan pula tewas tetapi dapat 43.60% undi. Dalam erti kata lain: 60.40% pengundi berdaftar tidak undi BN. Ini termasuklah mereka yang undi parti lawan (43.60%); 1.55% undi protes (melalui undi ditolak serta tidak kembalikan kertas undi); serta 15.25% langsung tidak keluar mengundi.

b) Peratusan jumlah pemilih berdaftar semakin meningkat (terakhir ialah 21.69%) dan jika kita ambil jumlah sama untuk PRU14, pemilih berdaftar mungkin jadi 16,174,286. Jika tiada penambahbaikan dari BN seterusnya beri peratusan yang sama 60.40% itu; besar kemungkinan di atas kertas undi nanti mereka yang tolak BN pada PRU14 berjumlah 9,769,268.

c) Dari 222 kerusi Parlimen, hanya 9 kerusi selamat BN:
P.156 KOTA TINGGI
P.157 PENGERANG
P.189 SEMPORNA
P.193 SANTUBONG
P.197 KOTA SAMARAHAN
P.200 BATANG SADONG
P.206 TANJONG MANIS
P.207 IGAN
P.215 KAPIT

d) BN bernasib baik untuk 5 kerusi di bawah kerana berlaku pecah undi:
P.168 KOTA MARUDU 15,168 (BN) 16,998 (lain-lain)
P.180 KENINGAU 15,818 (BN) 19,725 (lain-lain)
P.181 TENOM 9,771 (BN) 10,523 (lain-lain)
P.182 PENSIANGAN 9,467 (BN) 11,429 (lain-lain)
P.192 MAS GADING 8,265 (BN) 11,864 (lain-lain)

e) Komposisi pemilih tunjukkan pengundi Cina berjumlah 3,909,285 atau 29.41% dari jumlah 13,291,385 pengundi berdaftar. Tidak masuk akal jika jumlah ini pergi ke parti lain. Takkanlah hanya 1,882,209 pengundi Melayu, India dan lain-lain yang mengundi selain dari BN?. Oleh itu, berhati-hatilah para penyokong BN bila buat sebarang ulasan di blog, facebook, twitter, youtube, atau di mana-mana sahaja yang boleh timbulkan prasangka tidak baik.

f) Secara umum, dalam bahasa mudah 60.40% pengundi berdaftar yang tidak undi BN itu tidak terima idea Gagasan 1 Malaysia. Najib dan pasukan kena fikir yang ini. Sekadar luahan hati saya DI SINI, DI SINI, DI SINI dan DI SINI.

g) Pemimpin perlu berhati-hati buat kenyataan kerana P.089 BENTONG menyaksikan hanya 380 undi nyaris memisahkan telinga Adnan Yaakob seterusnya mudahkan kerja pasukan penyelamat yang tidak perlu berkampung sekitar Sungai Pahang setelah beliau tarik balik kenyataan.

Setakat ini dulu nampaknya.

Monday 6 May 2013

Tahniah Sekali Lagi


Tahniah sekali lagi kepada kita semua yang telah memberi undi serta BANTU BERI UNDI 'Ini Kalilah!' kepada PR yang dikuasai DAP. Jelas Cina bersatu untuk kuatkan survivality kaum mereka, Melayu asyik bergaduh berpecah sesama sendiri. Jika Chua Soi Lek masih diterima BN; apa sangatlah dengan moral, integriti dan kredibiliti calon PAS dan PKR yang tetap diterima dan menang.

Undi PRU13 bukan lagi undi protes seperti PRU sebelumnya. Tetapi kenapa BN hanya menang mudah 133 kerusi? Sekarang sudah nampak, kan?

Cybertroopers BN belajarlah tukar cara, pendekatan dan gaya persembahan. Terimalah konsep 'politik baru'. Usah syok sendiri hingga pembaca yang mula-mula suka jadi benci; usah terlalu 'fabricated' dan yang penting usah pasang jerangkap samar untuk hancurkan pasukan. Sekitar jam sepuluh malam tadi semua senyap. Sunyi sepi. Hanya RBF ada sedikit telur membetulkan maklumat awal dalam blog beliau selepas pukul dua belas (Jangan melenting, takkan tak boleh terima teguran)

Lihat keputusan terakhir; hinggakan Buasir Otak pun sudah malas nak kemas kini:
Komponen PR
PKR
PAS
DAP

Kerusi
Bertanding

97
73
52 (+ Teresa Kok)

Kerusi diMenangi
30
21
38

% Kemenangan
31 %
29 %
73 %


Bijaknya DAP hanya pertaruh 51 kerusi campur satu lagi oleh Teresa Kok tetapi boleh menang 38 atau 73%, BN pun tak sampai 60%. Malah di beberapa negeri, kedudukan DAP semakin kukuh.

BN kehilangan agak ramai wakil berwibawa di Parlimen. Lihat siapa mendominasi kerusi pembangkang di Parlimen. Adakah suara PAS dan PKR akan jadi suara pakatan di Parlimen nanti?

Sunday 5 May 2013

Tahniah

Tahniah saya ucap kepada yang telah diisytihar pemenang sama ada Parlimen atau DUN pada PRU13. Tahniah dan terima kasih juga kepada rakyat Malaysia yang layak, turun mengundi, berjaya tunaikan tanggungjawab memilih untuk mengundi dan menjalankan pemilihan melalui amalan demokrasi. Tak lupa kepada semua yang bantu kempen bagi memenangkan calon-calon (semua parti yang terlibat, saya tak pilih bulu)

Di sini kita lihat semua parti, semua pihak terima amalan ini walau keputusan yang tidak memihak memang tidak disenangi dan tidak dapat diterima.

Saya minta kepada penyokong parti tak kira pemerintah atau pembangkang melalui cybertroopers mereka agar tidak panjangkan isu kenapa sipolan ini kalah, kenapa sipolan itu tewas - selepas ini. Ingatlah, kita telah berusaha sedaya upaya, sebaik mungkin untuk bersama-sama memenangkan calon masing-masing. Jangan pula selepas ini akan ada cakap-cakap belakang yang tindakan pemimpin tertentu meletakkan calon ini di sini memang untuk jatuhkan beliau, meletakkan calon itu di situ bertujuan untuk kuburkan karier poitik beliau, dan apa-apa saja cakap-cakap negatif selepas PRU13.

Kami di belakang tabir juga bekerja keras untuk memenangkan calon yang dipilih untuk bertanding. Jika mereka tewas, terima hakikat kekalahan. Buat post-mortem dan tunggu PRU seterusnya demi menambah baik kelemahan sendiri.



Monday 29 April 2013

Serampang 2, 3, 4, 5 Mata

Saya suka bila di kalangan kita, ramai ambil inisiatif sokong kerajaan BN dalam diam dan luahkan menerusi media sosial. Tapi bila bersumpah dalam blog seperti Ini Pengakuan Gua; saya cuba dapatkan statistik agensi bermula dengan entri bertarikh 20/2/2013 hingga 27/4/2013.

Ada 35 entri yang beri sokongan kepada BN dan kita mulakan dengan Cerita Paling Lawak Minggu Ini seterusnya letak tanda sokongan kepada BN di sidebar kanan blog.

Untuk tunjukkan sokongan tidak berbelah bagi kepada BN, 5 entri beliau terus papar logo undilah BN. Selain itu, ada 5 entri sokong BN Terengganu manakala 4 entri lain sokong Najib Razak sambil luah rasa kecewa kerana ada calon menentang Najib dan desak PR supaya jangan letak calon di Parlimen Pekan. Itu belum campur lagi 6 entri beliau isytihar dan sokong BN. Baca juga bagaimana beliau beri sokongan dan pujian kepada BN serta pomosi calon BN berjumlah 14 entri semuanya.

Sebab itu sidebar blog beliau hanya ada banner ABU (spesifik kepada UMNO bukan BN dan pilih logo Selamatkan Malaysia yang tak ekstrim) dan untuk dua bulan hanya letak promosi iklan warna biru putih kerana jika letak iklan BN pasti kena bambu.

Bayangkan dalam tempoh itu, cuma lapan entri kondem BN berbanding 54 entri kondem PR. Daripada 54 entri itu pula, 21 untuk PR; 3 untuk DAP; 4 untuk PKR; dan 26 entri kondem PAS! Paling best: Gua Ingat Dah Insaf bila dia kondem PAS Kawasan Kemaman. Baca apa komen pembaca di sini

Daripada 26 entri kutuk PAS itu, 7 entri dituju khas kepada Hadi Awang pada masa semua pihak sibuk berkempen untuk menangkan parti. Bila dah banyak sangat kondem Hadi Awang, ada pembaca tanya  adakah dia buat entri Pembunuhan karakter?

Dia ni selalu tulis dia ahli PAS seumur hidup. Sudah tu, takkan tak ada langsung sekurang-kurangnya poster sokong PR atau PAS? Ada, bukan tak ada, adalah 2 entri promosi PR: Ayoyo Sudah Lagi Panas satunya poster PAS tapi kondem juga poster tu; satu lagi entri To All Indian Voters yang saja nak buat PR marah sebab hanya ajak hindraf sokong PR - inilah satu-satunya entri yang hanya ajak pembaca (hindraf) undi PR.

Jadi, memang tak ada langsung logo sokong atau undi PAS tetapi ada logo perubahan PAS
Mungkin kerana ingin buat promosi UG (sebut YuJi) atau kerajaan perpaduan gabungan PAS/UMNO, rasanya tak kurang dari 10 entri tentang UG ni.

Adakah ini akan jadi logo/lambang rasmi UG?

Sebelum ini saya ada sentuh tentang 'fabricated' dan 'doctorate'. Entri berbentuk 'doctorate' boleh diterima umum tetapi belum tentu digunapakai. Memang jarang pesakit yang akan sergah semula doktor yang beri penerangan atau nasihat. Diam-diam balik lepas itu sama ada akan praktikkan atau tidak - bergantung kepada individu itu sendiri.

Semua link-link di atas boleh dibaca di sini.

Penutup kata; ayat sinonim blog beliau: "Ader paham ka....????"

Blog saya; "Aku Pun Tak Faham...tapi cuba buat-buat faham..." ^_~

Wednesday 24 April 2013

Tahniah Tan Sri, Apa Kata Cipan Tapir Tenuk?


Saya amat berbesar hati bila mengetahui Tan Sri Muhammad Muhd Taib sah masuk PAS. Melalui berita dan wawancara nampak seperti beliau jangka BN akan menang pada PRU 13 dan beliau ambil inisiatif untuk menyatukan umat Islam dari dalam PAS. Kita lihatlah bagaimana jadinya nanti.

Untuk ulasan lanjut saya fikir sahabat saya yang mesra PAS, disenangi PAS dan suka bercerita isu Kerajaan Perpaduan PAS/UMNO (UG) walaupun berikan satu representasi sama tapi tak serupa lebih sesuai rasanya. Jika yang lain-lain tu nampak sangat 'fabricated' tetapi bhai Cipan,Tapir & Tenuk (C++) ni amat 'doctorate' penjelasannya. Ulas panjang sikit ya C++ biar 'mereka' lebih faham, hahaha


Tuesday 23 April 2013

Bingung, Bengong, Bangang


Bila ada yang kata 'tidak jadi ahli mana-mana parti serupalah tidak ada prinsip'. Tetapi mereka yang tidak berparti inilah yang terima apa saja input serta menilai keberkesanan pemimpin sepanjang mandat diberi. Mereka masih dapat kekalkan tujuan utama mengundi dan memilih pemimpin.

Ramainya ahli sesuatu parti dapat tunjukkan kekuatan parti. Apabila ada individu daftar jadi ahli, tujuan utama adalah untuk sokong dan kuatkan parti. Tapi sekarang ramai yang daftar jadi ahli sebab nak jadi pemimpin - sebetulnya adalah untuk dapat habuan mudah. Ada elaun (seperti dapat gaji bulan) dan akan lebih baik kerana ramai tauke besar dan kecil tunggu untuk 'support' dan di'support'.

Ayat mudah: Sekarang jika jadi ahli parti, akan ada can buat duit!

Apa yang saya nak ulas di sini ialah tentang 61 ahli UMNO yang dipecat serta merta. Berani kerana tindakan pecat ahli, manakala parti lain belum nampak lagi. Kalau sudah tidak yakin dengan parti dan pucuk pimpinan, keluarlah parti. Kenapa... sebab Ayat mudah itu kah?

Yang tak bagusnya, parti boleh pula terima bukan ahli sebagai rakan BN (betul BN itu gabungan banyak parti tetapi jika bukan ahli itu Melayu Islam, UMNO kena terima). Tak perlu jadi ahli, BN atau lebih spesifik lagi UMNO terima juga.

Adakah tindakan ini (pecat serta merta dan mungkin seumur hidup) bersifat sementara? Banyak sudah contoh yang menidakkan tindakan tersebut. Prinsip yea...???

Wednesday 10 April 2013

Sejak Bila Fitnah Menjadi Fakta?


Saban hari semakin banyak kempen berbentuk risalah diselit di pintu pagar rumah. Teringat kepada propaganda sebelum merdeka, bezanya sekarang kita sudah lama merdeka.

Bukan sedikit duit yang diguna untuk cetak dan upah orang edar risalah-risalah ini ke setiap rumah. Setakat hari ini, pagar rumah saya sudah terima 5 keping risalah termasuk yang pertama berbentuk surat dari Presiden PKR. Kita cerita yang saya paparkan sajalah ya:

Yang pertama ini mengajak kita semua jangan percaya antaranya kepada berita-berita dari Utusan Malaysia, tak begitu?

Tetapi yang kedua ini pula; dua ceritanya diambil dari Utusan Malaysia dan kita disuruh percaya kepada berita-berita tersebut. Tak begitu?

Saya tulis semula ayat perenggan terakhir: "Gunakan undi anda untuk memberi isyarat yang jelas bahawa anda inginkan kesejahteraan untuk rakyat, bukan kroni dan keluarga ahli politik BN"

Cuba lihat calon-calon PR, ayat dari salah satu risalah tersebut seperti bunuh diri. Lihat bawah:


Takkan inipun nak salahkan UMNO/BN kalau diri sendiri salah beri informasi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...