Monday 29 April 2013

Serampang 2, 3, 4, 5 Mata

Saya suka bila di kalangan kita, ramai ambil inisiatif sokong kerajaan BN dalam diam dan luahkan menerusi media sosial. Tapi bila bersumpah dalam blog seperti Ini Pengakuan Gua; saya cuba dapatkan statistik agensi bermula dengan entri bertarikh 20/2/2013 hingga 27/4/2013.

Ada 35 entri yang beri sokongan kepada BN dan kita mulakan dengan Cerita Paling Lawak Minggu Ini seterusnya letak tanda sokongan kepada BN di sidebar kanan blog.

Untuk tunjukkan sokongan tidak berbelah bagi kepada BN, 5 entri beliau terus papar logo undilah BN. Selain itu, ada 5 entri sokong BN Terengganu manakala 4 entri lain sokong Najib Razak sambil luah rasa kecewa kerana ada calon menentang Najib dan desak PR supaya jangan letak calon di Parlimen Pekan. Itu belum campur lagi 6 entri beliau isytihar dan sokong BN. Baca juga bagaimana beliau beri sokongan dan pujian kepada BN serta pomosi calon BN berjumlah 14 entri semuanya.

Sebab itu sidebar blog beliau hanya ada banner ABU (spesifik kepada UMNO bukan BN dan pilih logo Selamatkan Malaysia yang tak ekstrim) dan untuk dua bulan hanya letak promosi iklan warna biru putih kerana jika letak iklan BN pasti kena bambu.

Bayangkan dalam tempoh itu, cuma lapan entri kondem BN berbanding 54 entri kondem PR. Daripada 54 entri itu pula, 21 untuk PR; 3 untuk DAP; 4 untuk PKR; dan 26 entri kondem PAS! Paling best: Gua Ingat Dah Insaf bila dia kondem PAS Kawasan Kemaman. Baca apa komen pembaca di sini

Daripada 26 entri kutuk PAS itu, 7 entri dituju khas kepada Hadi Awang pada masa semua pihak sibuk berkempen untuk menangkan parti. Bila dah banyak sangat kondem Hadi Awang, ada pembaca tanya  adakah dia buat entri Pembunuhan karakter?

Dia ni selalu tulis dia ahli PAS seumur hidup. Sudah tu, takkan tak ada langsung sekurang-kurangnya poster sokong PR atau PAS? Ada, bukan tak ada, adalah 2 entri promosi PR: Ayoyo Sudah Lagi Panas satunya poster PAS tapi kondem juga poster tu; satu lagi entri To All Indian Voters yang saja nak buat PR marah sebab hanya ajak hindraf sokong PR - inilah satu-satunya entri yang hanya ajak pembaca (hindraf) undi PR.

Jadi, memang tak ada langsung logo sokong atau undi PAS tetapi ada logo perubahan PAS
Mungkin kerana ingin buat promosi UG (sebut YuJi) atau kerajaan perpaduan gabungan PAS/UMNO, rasanya tak kurang dari 10 entri tentang UG ni.

Adakah ini akan jadi logo/lambang rasmi UG?

Sebelum ini saya ada sentuh tentang 'fabricated' dan 'doctorate'. Entri berbentuk 'doctorate' boleh diterima umum tetapi belum tentu digunapakai. Memang jarang pesakit yang akan sergah semula doktor yang beri penerangan atau nasihat. Diam-diam balik lepas itu sama ada akan praktikkan atau tidak - bergantung kepada individu itu sendiri.

Semua link-link di atas boleh dibaca di sini.

Penutup kata; ayat sinonim blog beliau: "Ader paham ka....????"

Blog saya; "Aku Pun Tak Faham...tapi cuba buat-buat faham..." ^_~

Wednesday 24 April 2013

Tahniah Tan Sri, Apa Kata Cipan Tapir Tenuk?


Saya amat berbesar hati bila mengetahui Tan Sri Muhammad Muhd Taib sah masuk PAS. Melalui berita dan wawancara nampak seperti beliau jangka BN akan menang pada PRU 13 dan beliau ambil inisiatif untuk menyatukan umat Islam dari dalam PAS. Kita lihatlah bagaimana jadinya nanti.

Untuk ulasan lanjut saya fikir sahabat saya yang mesra PAS, disenangi PAS dan suka bercerita isu Kerajaan Perpaduan PAS/UMNO (UG) walaupun berikan satu representasi sama tapi tak serupa lebih sesuai rasanya. Jika yang lain-lain tu nampak sangat 'fabricated' tetapi bhai Cipan,Tapir & Tenuk (C++) ni amat 'doctorate' penjelasannya. Ulas panjang sikit ya C++ biar 'mereka' lebih faham, hahaha


Tuesday 23 April 2013

Bingung, Bengong, Bangang


Bila ada yang kata 'tidak jadi ahli mana-mana parti serupalah tidak ada prinsip'. Tetapi mereka yang tidak berparti inilah yang terima apa saja input serta menilai keberkesanan pemimpin sepanjang mandat diberi. Mereka masih dapat kekalkan tujuan utama mengundi dan memilih pemimpin.

Ramainya ahli sesuatu parti dapat tunjukkan kekuatan parti. Apabila ada individu daftar jadi ahli, tujuan utama adalah untuk sokong dan kuatkan parti. Tapi sekarang ramai yang daftar jadi ahli sebab nak jadi pemimpin - sebetulnya adalah untuk dapat habuan mudah. Ada elaun (seperti dapat gaji bulan) dan akan lebih baik kerana ramai tauke besar dan kecil tunggu untuk 'support' dan di'support'.

Ayat mudah: Sekarang jika jadi ahli parti, akan ada can buat duit!

Apa yang saya nak ulas di sini ialah tentang 61 ahli UMNO yang dipecat serta merta. Berani kerana tindakan pecat ahli, manakala parti lain belum nampak lagi. Kalau sudah tidak yakin dengan parti dan pucuk pimpinan, keluarlah parti. Kenapa... sebab Ayat mudah itu kah?

Yang tak bagusnya, parti boleh pula terima bukan ahli sebagai rakan BN (betul BN itu gabungan banyak parti tetapi jika bukan ahli itu Melayu Islam, UMNO kena terima). Tak perlu jadi ahli, BN atau lebih spesifik lagi UMNO terima juga.

Adakah tindakan ini (pecat serta merta dan mungkin seumur hidup) bersifat sementara? Banyak sudah contoh yang menidakkan tindakan tersebut. Prinsip yea...???

Wednesday 10 April 2013

Sejak Bila Fitnah Menjadi Fakta?


Saban hari semakin banyak kempen berbentuk risalah diselit di pintu pagar rumah. Teringat kepada propaganda sebelum merdeka, bezanya sekarang kita sudah lama merdeka.

Bukan sedikit duit yang diguna untuk cetak dan upah orang edar risalah-risalah ini ke setiap rumah. Setakat hari ini, pagar rumah saya sudah terima 5 keping risalah termasuk yang pertama berbentuk surat dari Presiden PKR. Kita cerita yang saya paparkan sajalah ya:

Yang pertama ini mengajak kita semua jangan percaya antaranya kepada berita-berita dari Utusan Malaysia, tak begitu?

Tetapi yang kedua ini pula; dua ceritanya diambil dari Utusan Malaysia dan kita disuruh percaya kepada berita-berita tersebut. Tak begitu?

Saya tulis semula ayat perenggan terakhir: "Gunakan undi anda untuk memberi isyarat yang jelas bahawa anda inginkan kesejahteraan untuk rakyat, bukan kroni dan keluarga ahli politik BN"

Cuba lihat calon-calon PR, ayat dari salah satu risalah tersebut seperti bunuh diri. Lihat bawah:


Takkan inipun nak salahkan UMNO/BN kalau diri sendiri salah beri informasi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...