Wednesday, 1 August 2012
Orang Lain Jadi Wakil Rakyat. Wakil Rakyat Jadi Apa?
Mungkin cara saya tidak selari dengan perkembangan semasa. Tapi apa salahnya jika saya bawa pemikiran pembaca ke satu sudut lain pula.
"Pada 23 Julai lalu, muka depan Harian Metro mendedahkan kesukaran hidup dialami keluarga Noraini hingga anak sulungnya terpaksa berhenti sekolah ketika berada di tingkatan tiga akibat malu diejek rakan berikutan kegagalan keluarga menjelaskan yuran persekolahan.
Sementara itu, tiga anaknya pula terpaksa berjalan kaki hingga tiga kilometer sehari menjual nasi lemak kerana mahu membantu menampung perbelanjaan keluarga."
Ini petikan dari Harian Metro siang tadi. Untuk baca berita penuh, sila lihat sini
Orang lain boleh kategorikan ia sebagai kes terpencil. Jika terlalu banyak, bukan lagi terpencil. Ini di negeri Johor. Semua tempat di Malaysia pun ada.
Bagaimana pihak lain lebih peka dari wakil rakyat? Bagaimana boleh terlepas pandang? Saya pernah ulas perkara ini di sini. Masyarakat umumnya inginkan sesuatu untuk kesinambungan hidup.
Sekadar cadangan sahaja; selepas PRU nanti wakil rakyat bersama Jabatan kebajikan Masyarakat lebih prihatin dan bersama jentera di bawah mereka untuk atasinya.
Takkanlah muncul bila nak pilihanraya saja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment