Wednesday, 8 May 2013
60.40 Peratus Tidak Undi BN
Untuk ulasan ini, saya fokus kepada kerusi Parlimen.
Keputusan PRU13 tunjukkan 5,263,083 mengundi BN manakala 5,791,494 undi selain dari BN. 202,570 undi ditolak serta tidak dikembalikan. Ini beri jumlah 11,257,147 undi atau 84.70% peratusan mengundi. Apa yang boleh saya rumuskan:
a) BN hanya menang mudah walaupun atas kertas dapat 39.60% undi dari jumlah pengundi berdaftar; pihak lawan pula tewas tetapi dapat 43.60% undi. Dalam erti kata lain: 60.40% pengundi berdaftar tidak undi BN. Ini termasuklah mereka yang undi parti lawan (43.60%); 1.55% undi protes (melalui undi ditolak serta tidak kembalikan kertas undi); serta 15.25% langsung tidak keluar mengundi.
b) Peratusan jumlah pemilih berdaftar semakin meningkat (terakhir ialah 21.69%) dan jika kita ambil jumlah sama untuk PRU14, pemilih berdaftar mungkin jadi 16,174,286. Jika tiada penambahbaikan dari BN seterusnya beri peratusan yang sama 60.40% itu; besar kemungkinan di atas kertas undi nanti mereka yang tolak BN pada PRU14 berjumlah 9,769,268.
c) Dari 222 kerusi Parlimen, hanya 9 kerusi selamat BN:
P.156 KOTA TINGGI
P.157 PENGERANG
P.189 SEMPORNA
P.193 SANTUBONG
P.197 KOTA SAMARAHAN
P.200 BATANG SADONG
P.206 TANJONG MANIS
P.207 IGAN
P.215 KAPIT
d) BN bernasib baik untuk 5 kerusi di bawah kerana berlaku pecah undi:
P.168 KOTA MARUDU 15,168 (BN) 16,998 (lain-lain)
P.180 KENINGAU 15,818 (BN) 19,725 (lain-lain)
P.181 TENOM 9,771 (BN) 10,523 (lain-lain)
P.182 PENSIANGAN 9,467 (BN) 11,429 (lain-lain)
P.192 MAS GADING 8,265 (BN) 11,864 (lain-lain)
e) Komposisi pemilih tunjukkan pengundi Cina berjumlah 3,909,285 atau 29.41% dari jumlah 13,291,385 pengundi berdaftar. Tidak masuk akal jika jumlah ini pergi ke parti lain. Takkanlah hanya 1,882,209 pengundi Melayu, India dan lain-lain yang mengundi selain dari BN?. Oleh itu, berhati-hatilah para penyokong BN bila buat sebarang ulasan di blog, facebook, twitter, youtube, atau di mana-mana sahaja yang boleh timbulkan prasangka tidak baik.
f) Secara umum, dalam bahasa mudah 60.40% pengundi berdaftar yang tidak undi BN itu tidak terima idea Gagasan 1 Malaysia. Najib dan pasukan kena fikir yang ini. Sekadar luahan hati saya DI SINI, DI SINI, DI SINI dan DI SINI.
g) Pemimpin perlu berhati-hati buat kenyataan kerana P.089 BENTONG menyaksikan hanya 380 undi nyaris memisahkan telinga Adnan Yaakob seterusnya mudahkan kerja pasukan penyelamat yang tidak perlu berkampung sekitar Sungai Pahang setelah beliau tarik balik kenyataan.
Setakat ini dulu nampaknya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment