Monday 30 July 2012

Kalau Tak Pandai Spin, Takkan Masih Jadi Menteri

Tak begitu Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim? Tapi jika beginilah caranya, rasanya Dato' tak kekal lama.

Tema dah ok. Logo dan lagu pula yang tak ok.

Tiap-tiap hari kena perli, kena kutuk. Bukan pro pembangkang saja, malah pro UMNO/BN pun menyampah. Akhirnya logo rasmi jadi tak rasmi. Lirik yang tidak bersemangat patriotik (nampak benar membodek kerajaan) pun cipta sendiri. Takkan nak bolot semua kot.

Kita bukan duduk dalam hutan, kan Dato' Seri Utama? Dari lebih 16 juta warga Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas, jika hanya 0.1 peratus sahajapun yang dapat menyumbangkan lirik; rasanya kita akan dapat lirik yang terbaik.

Pilihanraya pun hanya tunggu bulan sahaja, fikir-fikirkanlah.

Wednesday 25 July 2012

Bila Kena Batang Hidung Sendiri

Kubah Masjid Mukim Padang Pauh, Pasir Mas, Kelantan yang jatuh selepas ribut petir pada jam 8.30 malam; 23 Julai 2012.

Saya cuba untuk tidak menulis atau buat ulasan sempena bulan puasa yang mulia ini. Akan tetapi saya tertarik dengan berita ini

Bukan apa, kerana ianya jadi isu politik juga. Pada fikiran saya, struktur masjid atau kubah masjid lebih baik tidak dijadikan isu politik. Tolaklah fahaman politik dalam ibadah.

Kita bersyukur tiada bencana terlebih buruk diturunkan Allah ke atas negara kita Malaysia. Walau bencana terburuk sekalipun berlaku di negara lain, masjid tetap teguh berdiri sebagai lambang agama Islam.

Lihatlah kuasa Allah yang mengekalkan masjid-masjid di Aceh walaupun Tsunami melanda pada 26 Disember 2004. Berlaku kemusnahan alam sekitar yang mengubah bentuk muka bumi malah meragut lebih 220,000 nyawa.

Kuasa Allah jua yang mengekalkan Masjid Kobe di Jepun walaupun teruk dibom pada Perang Dunia II; Jun 1945. Masjid di Turki yang kukuh walaupun berlaku gempa berskala 7.2 Ritchter di Turki pada 23 Oktober 2011.

Mungkin kita perlu imbau kembali apa yang ditulis oleh blogger pro pembangkang setahun yang lalu. Peristiwa ini berlaku pada 30 Julai 2011 di Teluk Kemang, Negeri Sembilan.

Antaranya blog yang sarat dengan permohonan tajaan dan sumbangan

Macammana bila kena batang hidung sendiri?


Thursday 19 July 2012

Tak Tahu, Tak Mahu Ambil Tahu, Atau Buat-buat Tak Tahu?

Bila Menteri Besar tak tahu tentang urusniaga yang dia sendiri jadi bossnya...

Dalam tempoh tidak sampai dua minggu dua Menteri Besar beri kenyataan tak tahu akan apa yang berlaku di bawah Perbadanan Negeri masing-masing.

Agak pelik bila Menteri Besar sebagai ketua negeri dan ketua Perbadanan Negeri yang diperintahnya boleh kata tak tahu apatah lagi urusniaga melibatkan jumlah wang ringgit yang besar. Biasanya keputusan untuk berurusniaga akan dibawa ke dalam mesyuarat, diluluskan baru boleh buat urusniaga.

Jika Menteri Besar sibuk sangat, beliau akan dimaklumkan tentang keputusan untuk buat satu-satu urusniaga oleh pegawai khas atau setiausaha. Jika tidakpun, Ketua Perbadanan akan maklumkan juga.

Terbaru Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang menyatakan pembelian saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) tanpa pengetahuan beliau. SINI. Apatah lagi isu FGVH juga dimainkan oleh PAS.

Sebelum ini Menteri Besar Kelantan Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat mengaku tidak tahu berhubung masalah dalam Kelantan Golden Trade Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Baca SINI.
Ini telah berlaku agak lama hingga sekarang.

Bila keputusan dibuat di luar pengetahuan (atau lebih sedap lagi membelakangkan) Menteri Besar yang jadi ketua sesebuah negeri; kita boleh kata berlaku penyelewengan kerana Menteri Besar tidak dimaklumkan. Boleh juga kita kata Menteri Besar hanya boneka.

Kerajaan Negeri memang kena ambil tindakan agar rakyat tidak jadikan isu. Jika tiada tindakan, tak payah jadi Menteri Besar.

Kita tunggu juga bila agaknya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim akan kata tak tahu sumber air yang rakyat Selangor perlu itu adalah dari ‘Air Terawat dan kos amat tinggi jika guna air empangan’. Mungkin dia akan berkata begitu bila keseluruhan 33 loji rawatan di seluruh Selangor sudah benar-benar tidak boleh beroperasi lagi...

Sunday 15 July 2012

APA: Kebenaran Pahit Untuk Diterima

Nota : Pautan sedia ada tiada kerana APA telah memadam kesemua entri-entri lama blogspot. Sila klik pautan yang kedua (bersebelahan pautan asal) untuk rujukan. Kita lihat jika APA berani memadam entri wordpress beliau.
Mungkin panjang sikit tulisan kali ini sebab buat ulasan.

Segala di bawah adalah berdasar siri tulisan APA. Saya harap APA dan penyokong beliau terima dengan hati terbuka.

Jika ikut perkembangan yang ditulis APA, beliau terpilih untuk buka satu syarikat bagi mudahkan dana masuk sempena PRU 11 pada 2004. Itu sahaja yang APA perlu buat dan segala transaksi jadi valid. Syarikat dijanjikan jaminan untuk segala urusan berjalan lancar. Baca sini. Pautan baru di sini.

Maka tertubuhlah Elegant Advisory Sdn Bhd pada 2002. Masalah mula timbul bila APA potong trip 'urusniaga' dengan memandai-mandai arahkan kontraktor buat kerja cetak. APA tak perlu buat tugasan itu. SINI. Pautan baru di sini.
Apa yang APA fikir sewaktu 'berkongsi' habiskan peruntukan pilihanraya yang diperolehi ketua-ketua perhubungan negeri? Bukankah ianya sebahagian persediaan untuk bayaran agihan serta barangan kempen? Proses cetak sebenar dilakukan di China oleh pasukan lain. Betulkah dicetak, sudah dibayar atau belum; yang ini bukan kendalian APA.

APA pula agihkan bahan cetak yang diurus sendiri olehnya dan membelakangkan Datuk Hasan Ayoub, orang yang bertanggungjawab ajak APA buka syarikat Elegant Advisory.

Syarikat ditubuh bukan untuk buat kerja anugerah cetak kepada para kontraktor. Lihat sini. Pautan baru di sini.
Sebenarnya bayaran di'advanced' melalui peruntukan yang awal-awal telah dihabiskan melalui idea APA. Barisan Nasional akan dapat kembali peruntukan yang keluar melalui pengkreditan ke akaun syarikat Elegant Advisory bulan Januari 2004 seperti yang APA dedahkan.

Di sini APA lupa tujuan asal syarikat ditubuhkan. Sikap dan tindak tanduk APA sepanjang penubuhan syarikat hingga ke PRU 11 akibatkan orang lain tidak percaya kepadanya. Boleh lihat di sini. Pautan baru di sini.
Dan bermulalah siri pelarian dalam dunia APA atas kesilapan yang dicipta sendiri. Lebih-lebih lagi Elegant Advisory keluarkan jenama Barisan Nasional (gabungan banyak parti) tetapi hanya menyaman UMNO. Silapnya APA bertindak sendiri tidak ikut skrip diberi.

Tentang pengubahan wang haram (mungkin maksud APA transaksi RM900 juta itu) saya belum boleh ulas kerana APA pun belum beri ilham serta pencerahan untuk diulas.

Saya harap Barisan Nasional atau lebih spesifik lagi UMNO membantu masalah, ringankan beban yang ditanggung APA. Janganlah tutup sebelah mata.

Saturday 14 July 2012

Trend Sekarang - Siapa Penggerak?


Siapa penggerak sebenar Himpunan Oren?


Bermula pukul 2.00 hari ini. Felda tak selamatkah?


Sekadar gambar hiasan


Buang duit untuk promosi, cetak poster, baju, belanja berkumpul, makan minum... Siapa sponsor?


Berunding ikut saluran yang betul orang lain tak nampak. Berhimpun, berkumpul ramai-ramai nampah gah. Kalau kena tangkap pun ramai-ramai bukan sorang-sorang...

Wednesday 11 July 2012

Apabila Mazidul pesan HEBAHKAN, apa yang kita semua harap akan berlaku?


Membaca artikel-artikel Mazidul Akmal Sidik memang menarik.

Melaluinya pembaca dapat pergi lebih lama ke pautan-pautan yang diberi sambil meninggalkan laman blognya buat satu jangkamasa yang agak lama - antara strategi terbaik untuk dapat dan kekalkan trafik serta pastikan iklan dipasang menghasilkan wang.

Apa Mazidul harapkan?
Apa pembaca yang memang suka kepada pautan-pautan tersebut harapkan?
Apa pembaca yang tidak suka dengan kegiatan-kegiatan tak bermoral yang didedahkan itu harapkan?

Saya ambil contoh artikel yang dipos pada hari Rabu lepas, 4 Julai 2012 jam 10.50 petang.

Tidak cukup hebahan? Mazidul tidak cukup popular? Pihak Polis mesti tunggu laporan rasmi? SKMM tak ambil peduli? Atau dalang di balik tabir cukup kebal?

Kerana sehingga entri ini dipos, pautan-pautan yang diberi serta nombor-nombor tersebut masih aktif. Walaupun entri pautan terakhir sudah dipadam, pautan lain masih boleh dibuka melalui profil pemilik blog.

Jika Mazidul percaya kepada SKMM, percaya kepada pihak polis, percaya kepada SPRM; buatlah laporan rasmi. Tidak perlu jadi pengantara dan jadikan blog sebagai medium. Dengan berikan pautan, adakah Mazidul jadi penggalak?

Saya lihat banyak juga entri beliau seperti bantu mempromosi aktiviti-aktiviti tidak sihat ini. Ada pemimpin dan kumpulan di Malaysia yang suka.

Jika Mazidul serta peminat beliau terbaca artikel ini, fikirlah dahulu ya.

Tuesday 10 July 2012

Bunuh Tuan Ular Dahulu...


Sekarang ni dunia maya Malaysia agak meriah bila Uncleseekers kena tangkap. Sebelumnya tak ramai yang berani buat artikel baik puji atau kutuk.

Agaknya takut termasuk dalam mimpi Uncleseekers. Maklumlah beliau suka tulis apa yang beliau dapat dalam mimpi. Silap-silap nama saya pun masuk dalam salah satu artikel blog dia.

Cuma iya lah, takkan dokumen-dokumen yang dia pos pun dapat dari mimpi juga. Tentu ada yang beri baru boleh dipos jadi artikel.

Cuma blog beliau dengan 66 artikel itu bukan dibuat semata-mata ditujukan kepada Sultan Johor. Kerana sebelumnya pun beliau telah lama menulis.

Tiba-tiba saya teringat kepada satu blog yang memang ketara dibuat untuk menghentam satu pihak saja. Setelah perniagaan pihak yang dihentam itu jatuh, blog pun senyap.

Penulis blog itu pun tak kurang hebatnya seperti Uncleseekers ni. Cuma dia tak pernah tulis artikel selepas dapat mimpi. Persamaannya ialah bila blognya ditutup, ramai yang buat artikel puji dan kutuk.

Hebatnya beliau berbanding Uncleseekers adalah memastikan semua pembaca bersetuju dengannya. Jika tidak, mereka akan dilabel pengikut / pengamal MLM dan beliau akan pos apa sahaja yang boleh memalukan orang yang tidak bersetuju itu.

Kalau nak tahu siapa cuba tengok sini.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...