Friday, 11 October 2013

Tanggungjawab


Tun pun main kotor nampak...

Sebuah institusi kewangan diluluskan Bank Negara untuk beroperasi setelah segala prosedur dan polisi sempurna untuk ia beroperasi sebagai sebuah institusi kewangan. Malangnya seorang pegawai di salah satu cawangan berjaya manipulasi polisi dan prosedur untuk buat keuntungan peribadi. Kes dikesan setelah pendeposit kembali dari luar negara menyemak buku simpanan (sebelum ini diamanahkan kepada pegawai terbabit untuk disimpan) dapati banyak transaksi keluar masuk dalam buku simpanan beliau. Hasil audit dapati pegawai terbabit buat kesalahan dengan gunakan wang beberapa pendeposit sebagai modal peribadi untuk buat urusniaga saham. Pegawai terbabit bertindak meletak jawatan di cawangan institusi kewangan tersebut. Pengurus cawangan pula tidak dapat menikmati apa-apa bonus atau kenaikan gaji atas kecuaian yang berlaku.

Kisah di atas saya kaitkan dengan kenyataan terbuka Tun Dr Mahathir supaya menteri terbabit dengan Laporan Ketua Audit Negara 2012 bertanggungjawab atas kelemahan yang berlaku dalam kementerian masing-masing setelah beri contoh menteri di Jepun serta beliau sendiri yang 'resign' kerana gagal.

Lihat sini :

Tidak ramai yang berani sanggah. Tapi saya memang tidak sangka Tun buat kenyataan sebegini.

Jika ambil kembali contoh kisah yang saya tulis di perenggan pertama; adakah pengerusi institusi kewangan tersebut perlu letak jawatan? Adakah Gabenor Bank Negara perlu letak jawatan? Adakah Menteri Kewangan perlu letak jawatan? Dan oleh kerana pemimpin besarnya adalah Perdana Menteri; adakah Perdana Menteri perlu letak jawatan?

Kita lihat kenyataan ini hanya beberapa hari sahaja sebelum Pemilihan UMNO 2013. Iyalah Mukhriz baru saja jadi MB. Belum timbul kelemahan ketara dalam pentadbiran beliau.

Saya mohon agar Tun bertanggungjawab secara terbuka minta maaf atas kenyataan tersebut kerana video itu terbuka satu dunia.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...