Saturday 30 June 2012

Najib Bersendirian. Kita Tidak Membantu

Apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib tidak dibantu oleh kita yang sepatutnya sokong beliau.

Masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Tak percaya? Cuba buka blog-blog penyokong kerajaan; kumpulan-kumpulan yang ada; video yang dihantar ke youtube; berita-berita di akhbar; saluran-saluran tv. Apa peranan kita?

Kita cuma buat isu yang buat masyarakat 'benci individu tertentu, benci parti tertentu' tetapi tidak kepada 'iyalah kerajaan sekarang ini bagus'.

Benci individu tertentu, benci parti tertentu pula juga boleh jadi kepada anggota serta parti dalam komponen Barisan Nasional itu sendiri. Bukan hanya kepada pembangkang. Senang cakap - kerja kita ini (mungkin aku juga termasuk dalam aktiviti ini) hanya untuk puaskan hati sendiri. Bukan betul-betul tolong kekalkan kerajaan.

Sekadar beberapa contoh:

Blog - berapa artikel yang boleh rakyat celik IT baca; boleh jadikan rakyat fikir 'memang bagus usaha kerajaan yang ada sekarang'?

TIBAI atau Bangkang Dari Longkang - Hanya hentam, kutuk, kondem. Bukan bantu tunjuk kepada masyarakat kebajikan kerajaan.

Kuasa Ketiga? - Adakah mereka bantu sedarkan masyarakat tentang usaha kerajaan atau mereka tonjolkan diri mereka sendiri lebih baik dari orang lain?

Parti komponen Barisan Nasional - hmmm aku belum nampak apa-apa yang boleh pujuk masyarakat fikir 'Bagus. Memang kena undi Barisan Nasional bila pilihanraya nanti'.

Sekadar hiasan


Adakah cara kita betul?


Friday 29 June 2012

Sikap Sebenar Pemimpin Bila Dapat Mikrofon Tapi Tak Dapat Berceramah

Bila buka youtube dan nak lihat isu semasa; kita akan disogok dengan berbagai ragam ceramah. Kutuk mengutuk, hentam menghentam, cabar mencabar, kondem mengondem.

Hinggakan ceramah agama pun sudah terikut-ikut cara politik. Adakah kita tersasar dengan kelebihan penggunaan video dan youtube?

Aku dapatkan beberapa rakaman temubual pemimpin bersama wartawan untuk kita sama-sama lihat dan nilaikan wajah dan watak mereka apabila diberi peluang bercakap secara 'live' tetapi bukan untuk berceramah.

Mereka hanya perlu menjawab soalan-soalan wartawan. Bagus bila jawapan itu ringkas dan berisi untuk dilapor dalam akhbar. Rakyat yang tidak guna 'internet' sebagai saluran penghubung maklumat boleh baca dan tahu.

Marilah lihat sedikit watak-watak mereka. Anda nilaikan sendiri:

1. Sidang media rasmi - teratur / diatur:
Tun Dr Mahathir:

Satu lagi di sini
Datuk Nik Aziz:

Satu lagi di sini

Datuk Seri Anwar Ibrahim:

Satu lagi di sini
Datuk Seri Najib Razak:

Satu lagi di sini

Dr Wan Azizah, Karpal, Khalid Ibrahim (Abaikan sesi ceramah mereka hingga 12:35; sesi soal jawab media bermula selepas itu):

2. Sidang media tidak rasmi - sesi terjah:
Tun Dr Mahathir:
Datuk Seri Anwar Ibrahim:

Pun masih ada yang nak cuba berceramah. Lihat siapa bersikap terbuka dan siapa 'defensive'...


Thursday 28 June 2012

Raikan Siapa Bila Pemimpin Turun Padang?

Jika kita lihat para pemimpin turun padang memang ramai yang turun. Cuma turun bersebab.

Kita pun tahu mereka turun padang melalui akhbar, tv, youtube, blog kerana ada beritanya.

Sama ada turun berjumpa rakyat untuk bagi penerangan, membongkar rahsia, buat perasmian, menghentam pihak lawan; kira turun padang juga. Cuma rakyat kena berkumpul dulu baru pemimpin datang jumpa. Nanti ada makan-makan. Itu pun kalau ada dalam aturcara.

Tapi turun jumpa masyarakat tanpa panggil rakyat untuk tunggu pemimpin datang agak susah nak nampak. Itu akan berlaku masa berkempen dekat-dekat nak pilihanraya. Masa itu pemimpin akan ambil tahu masalah rakyat, baru bagi bantuan serba sedikit.
Bila pemimpin turun, khemah kena ada, tak cukup dengan Rela - polis pun kena datang. Urusetia tempah 'uniform' biar berbeza dengan orang ramai. Dan paling penting, banner / sepanduk mesti ada (gambar-gambar sekadar hiasan)

Siapa raikan siapa? Nak makan sama-sama tunggu Hari Raya...

Betulkah Cara Kita?

Kadang kadang terfikir, betulkah apa yang kita semua lakukan untuk kesejahteraan rakyat Malaysia? Atau semakin memecah belahkan?

Kebolehan Anwar berkata-kata; dan persembahannya di setiap ceramah - sebenarnya itulah luahan hati rakyat dan aku percaya majoriti setuju dengan kata-katanya. Itulah permintaan rakyat.

Setuju tidak bermakna terima dia.

Masyarakat felda, masyarakat kampung, suku-suku kaum bukannya inginkan Himpunan Jutaan Belia. Begitu juga dengan BR1M, Notebook 1 Malaysia, Baucar Buku, Teksi Rakyat 1 Malaysia (dengar cerita tiba-tiba harga tayar naik, baucar belum terima); atau apa saja bantuan yang hanya bersifat 'sekali'. Rakyat ingin kemudahan jangka panjang.

Kerajaan kena terima hakikat masyarakat ingin sesuatu yang berpatutan dengan cara hidup seharian. Apa dia? Sesuaikan harga runcit barangan - dalam erti kata lain mereka ingin cara hidup mengikut kemampuan majoriti. Rakyat bukan nak projek, itu orang atas punya. Sesuailah agar kehidupan terjaga seadanya setelah pilih wakil rakyat melalui pilihanraya.

Apa peranan sebenar cyber troops, blogger; melalui video, facebook, twitter dan sebagainya? Rakyat tak peduli dengan pendedahan, pembongkaran itu ini. Majoriti tak nak ambil tahu urusan korporat. Mereka ingin keselesaan. Mereka masih tonton televisyen, pun masih baca akhbar.
Untuk apa rancangan 'Bersamamu' di TV3? Untuk beritahu rakyat - masih ada yang miskin; tidak terbela; wakil rakyat tidak buat kerja? Aku tak mampu. Sekadar berkongsi luahkan rasa hati...


Wednesday 27 June 2012

JAMBATAN TERCANGGIH SELEPAS 54 TAHUN UMNO/BN MEMERINTAH

Aku terbaca blog yang tepat, muttakhir, berwibawa dan tekejut juga kerana seperti pernah baca berita ini tahun lepas.

Bila buat google search tentang tajuk JAMBATAN TERCANGGIH SELEPAS 54 TAHUN UMNO/BN MEMERINTAH; baanyak sekali pos yang telah dibuat.

Sebetulnya, berita untuk gambar sebenar di sini yang bertarikh 14/6/2010. Manakala gambar untuk berita sebenar pula di sini bertarikh 09/10/2011.

VS

Jadi bila berita itu tidak betul; jadilah dua kelompok.

Kelompok pertama ialah mereka yang telah pos dan kemudian padam entri tersebut dengan muka tak malu antaranya Debik Karmic (yang kata dia suka bersikap realis); Pen Buruk Online; Kembara Jr dan tak lupa Harakah. Tak padam pun tak apa, tapi boleh tulis ralat atas kesilapan maklumat.

Kelompok kedua pula ialah mereka yang berani mati kerana dengan rasa tak malu biarkan saja artikel itu tanpa buat apa-apa ralat. Setakat entri ini dipos; selain dari blog yang tepat, muttakhir, berwibawa seperti di atas tadi - masih ada beberapa blog yang masih biarkan entri tersebut seperti blog yang sarat dengan permohonan tajaan dan sumbangan serta blog yang berjihad dengan mengucapkan kebenaran di hadapan penguasa zalim

Sebenarnya, selepas tengah malam tadi ada seorang yang sangat mengantuk telah pos gambar dan cerita pasal jambatan usang yang tak benar ini. Sini. Pos berbentuk fitnah ini pula telah dikongsi oleh lebih 50 orang di facebook.

Diorang ni, janji ada berita – tak perlu fikir, tak perlu selidik, janji ada bahan, pos saja...

Update: Selepas terima satu komen dari Anon pukul 5.35 petang semalam (27.07.2012), blog yang berjihad dengan mengucapkan kebenaran di hadapan penguasa zalim telah mengemaskini entri beliau - nasib baik saya bukan jenis 'copy paste' entri orang :)

Wanita Misteri: Semakin Didedah Semakin Misteri


Memang patut SPRM siasat tentang latarbelakang Zaliah Zakaria sewaktu berusia lewat 30an melalui pengakuan beliau tentang

- Perniagaan lumba kuda serta Syarikat Wira Tangkis Sdn. Bhd yang dimilikinya
- Kediaman di Dubai
- Pemilikan aset serta wang tunai berjumlah100 juta, tidak termasuk empat buah rumah di Pulau Pinang bernilai kira-kira RM3.68 juta.
- Tahap kesedihan melampau akibat kematian anak lelaki (sebab apa) hingga lari ke Dubai
- Bagaimana dan mangapa LHDN boleh serbu dan sita segala harta beliau (jika Forbes Asia tahu mungkin tersenarai 20 terkaya di Malaysia)
- Siapa peguam penasihat beliau waktu itu
- Bagaimana boleh berlakunya proses pindah milik harta serta wang tunai dalam bank; hanya dalam tempoh setahun
- Dirinya diburu oleh LHDN berkaitan cukai pendapatan berjumlah lebih RM50 juta. Wah jika begitu tinggi cukai pendapatannya; bukan 20, mungkin 10 terkaya di Malaysia

Segala ini didedahkan sendiri oleh Zaliah Zakaria.


tentang cukai pendapatannya
yang berjumlah RM50 juta?
Ceritalah sikit...
Dan lebih menarik lagi, Ummi
Hafilda juga tidak boleh cuci tangan.
Bagaimana Ummi Hafilda boleh tahu
tentang Zaliah Zakaria; memperoleh
gambar beliau serta serba sedikit



Kredit serta berita versi lain, lihat sini:
HHalem

Islam Dipersenda


Mereka persenda Islam. Siapa mereka?
Terang lagi nyata ada yang haram di majlis makan malam itu nanti.
Kredit buat Panglima Harimau


Dia ni tak beriman dengan Allah...tapi boleh bagi tazkirah pasal Islam... Apa motifnya?
Ini sewaktu kempen pilihan raya kecil DUN Galas


Dia kata orang Islam sudah sesat dalam ugama. Dia Kristian dan sungguh faham ayat Quran
Ini sewaktu kempen piliharaya kecil Bukit Gantang, kubu PAS.

Orang bertanya nabi tentang ayat-ayat Quran dengan baca beberapa ayat – untuk mengetahui. Tetapi kafir baca ayat Al-Quran untuk berceramah / berkempen. Pendengar ceramah majoriti beragama Islam. Rakyat beragama Islam kena tarbiyah dengan kafir yang guna ayat Al-Quran.

Penganut Islam sendiri, jika dalam hadas besar ditegah baca Quran. Para ulama bersepakat mengatakan haram bagi seseorang yang berhadas besar baca Quran. Ini kerana dalil di dalam masalah ini adalah kuat dan jelas.

Bagaimana pula dengan kafir baca ayat Quran di pentas ceramah sewaktu berkempen seperti contoh di atas? Saya gelapkan perkataan kempen kerana waktu itu sahaja baru nampak dan dengar mereka baca...

Kredit serta berita versi lain, sila lihat sini:
Pengetahuan Ia Cahaya
carigold.com
al-muwahhidun.blogspot.com

Kemaskini pada 8 Ogos 2012
Saya tambah satu lagi paparan untuk entri ini:



Tuesday 26 June 2012

Keadilan Yang Prihatin


Bila akhbar Suara Keadilan mendahului sistem perundangan dalam memutuskan sesuatu yang belum dikeluarkan pihak mahkamah; bagaimana agaknya nanti jika mereka memerintah dan menjadi kerajaan?

Pihak pembangkang sebelum ini begitu sibuk mengulas laporan New York Post tentang Bakal Menantu Najib serta ibunya.

Dan bila Suara Keadilan memaparkan tajuk Bakal Menantu Najib Penipu; Ketua Wanita Keadilan Zuraida Kamaruddin mendesak Datuk Seri Najib untuk menyaman malu akhbar New York Post.

Ketua Serikandi Keadilan, iaitu Siti Aishah Shaik Ismail pula menyuruh keluarga Datuk Seri Najib menjawab isu yang tidak ada kena mengena dengan rakyat dan Negara. Belum ada apa-apa pun, kenapa pula Datuk Seri Najib kena buat itu ini?


Siapa yang patut saman NYP?

Apa kata, sebagai rakyat yang begitu prihatin sekali seperti Zuraida Kamaruddin; Siti Aishah Shaik Ismail serta pihak-pihak yang beria-ia sangat dengan kes yang tak libatkan langsung dengan aktiviti Datuk Seri Najib ini - tolong buatkan laporan polis atau tolong samankan akhbar New York Post bagi pihak kerajaan Malaysia. Dah kamu semua begitu bersemangat, janganlah berhenti separuh jalan...



Kerajaan Barisan Nasional Kuat Betul Rasuah


Nizar ada berapa teksi yang tidak berjaya dapat bantuan?


Cakap sahaja. Kenapa tidak lapor kepada SPRM?
Laporlah, nanti mereka siasat

Ini satu bentuk bantuan dari kerajaan dan diumum/diwartakan terlebih dahulu sebelum kemudahan diagih kepada yang berhak terima.

Maka BR1M, durian runtuh kepada warga felda, baucar buku 1 Malaysia, komputer Riba 1 Malaysia, atau apa sahaja bentuk bantuan untuk meringan sedikit beban rakyat (ikut kelompok kelayakan) bolehlah Nizar Jamaluddin anggap rasuah dan adalah lebih baik beliau dengan penuh rasa tanggungjawab pergi buat laporan kepada SPRM.

Jika tidak diberi bantuan, kerajaan boleh kena tuduh zalim. Bila bantuan diberi, kerajaan eh silap - Najib boleh kena tuduh beri rasuah.


Lihat definisi rasuah di
Wikipedia: Rasuah
Gejala Rasuah
Isu Rasuah

Monday 25 June 2012

Bila Tidak Dapat Pertahan Apa Yang Diluahkan; Maka Ia Jadi Pandangan Peribadi Sahaja

Jawatan No. 2 daripada kalangan orang bukan Islam hanya pandangan peribadi Dr Dzulkefly Ahmad

Bila sesuatu pandangan keluar dari mulut pemimpin, ianya akan disokong oleh rakan sekutu.

Para penyokong pula akan menyebarkan pandangan tersebut dalam erti kata lain - menyokong ikut citarasa dan acuan masing-masing.

Tetapi bila kenyataan tersebut difikir dan diulas secara logik akal serta berlandas Al-Quran serta hadis hingga akibatkan kenyataan awal itu sebenarnya menyimpang dari kebenaran; ianya terus bertukar menjadi pandangan peribadi pula.

LGBT jadi kanser masyarakat cuma pandangan peribadi Ustaz Nasha

Isu bidaan nombor pendaftaran WWW1 juga pandangan peribadi Nizar Jamaluddin; walaupun sudah ada dua tiga yang lain jadi pengikut

Hinggakan apa yang Ketua Penerangan Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man kata; pun jadi pandangan peribadi saja...

Jadi, segala kenyataan serta tulisan saya di blog ini juga perlu dianggap sebagai pandangan peribadi juga ya, tolong jangan 'spin'.

Kredit serta berita versi lain, sila lihat sini:
Sinar Harian
Pilihan Anda
UtaraNews
MatKilau Penang


Lagi Artis Beri Ceramah Bila Masuk PAS

Aku tak kisah dan tak peduli siapa-siapa pun nak masuk parti politik.

Tapi yang aku tak faham kenapa ada artis yang buruk laku, dah ditangkap khalwat, mengaku salah dan dah dijatuh hukum boleh diangkat sebagai penceramah dalam parti PAS.

Bukankah antara yang datang dan dengar ceramah terdiri dari mereka yang beragama Islam; juga ada yang kuat pegangan agamanya.

Adakah pakcik-pakcik, makcik-makcik yang datang dengar itu lebih buruk dari artis penceramah ini?

"Ini saya nak cerita bagaimana nak berkhalwat dan elak dari kena tangkap macam saya dulu"


Kredit serta berita versi lain, sila lihat sini:
GENERASI PEJUANG BANGSA
KedahLanie.info

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...