Wednesday 26 September 2012

Beli 50 Percuma 1


Kita selalu baca dan lihat promosi makanan, barangan elektrik serta syarikat besar seperti bank yang buat promosi 'beli 1 percuma 1' atau 'beli 2 percuma 1'.

Biasanya untuk harga yang lebih mahal contohnya rumah/hartanah - ada perjanjian di mana pemaju tawarkan beberapa unit bangunan kepada pemilik tanah sebagai sebahagian dari proses serta syarat jual beli.

Sebab itu kadangkala bila kita melintasi sesuatu projek perumahan biasanya; kita dapat lihat sebuah dua rumah yang bentuknya terlebih eksklusif berbanding sekitarnya walau dalam kelompok atau deretan yang sama.


Mungkinkah kerajaan Selangor atau Khalid Ibrahim juga punyai perjanjian sebegitu sewaktu beli 50 lori sampah kompaktor dari China? Semalam Sel13.com paparkan berita ini.

Oleh kerana ini melibatkan kredibiliti seorang Menteri Besar serta sebuah kerajaan negeri, perlu pencerahan dari Khalid atau mungkin SPRM boleh tolong yakinkan kami semua...

Thursday 20 September 2012

Protes: Kita Masih Terkial-kial


Sudah lama umat Islam di Malaysia terutama pemimpin; tanpa perbezaan fahaman politik berganding bahu menangani isu mencemar Islam.

Setelah 10 hari filem kontroversi menghina Nabi Muhammad - Innocense of Muslims; bantahan umat Islam muncul bermula di Libya, Mesir, kini berlanjutan ke Afghanistan, Indonesia, Pakistan, Yaman dan Lubnan.

Manakala dari video Youtube yang berdurasi 13 minit hinggalah akhirnya video penuh berdurasi 74 minit boleh diakses; pemimpin di Malaysia tidak bersepakat untuk buat bantahan. Hanya pada 14 September lalu sekitar 200 berhimpun di Batu Caves memprotes dipimpin oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Malaysia yang diiktiraf sebagai negara Islam masih terkial-kial mungkin kerana T-Shirt protes belum siap.

Terkini - majalah satira Perancis, Charlie Hebdo menerbitkan pula karikatur Nabi Muhammad SAW

Mungkin masing-masing bukan nak protes pasal isu menghina Nabi Muhammad tapi nak tayang baju, topi, sepanduk dan sebagainya. Kita lihat sajalah nanti esok 21 September 2012...

Wednesday 12 September 2012

Bila Pakatan Memerintah


Ketawa besar nampak...

Bagaimana agaknya keadaan kita di Malaysia di bawah pemerintahan Pakatan?

Lihat sahaja Selangor sebagai contoh. Soalan ini berlegar selepas Menteri Besarnya, Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim mengesahkan bahawa manifesto Pakatan yang dibentang pada PRU 2008 bukanlah janji. Kesannya - rakyat Selangor ambil tindakan undang-undang. Banyak lagi manifesto yang tak tertunai dan jika ianya bukan janji, akan banyaklah tindakan undang-undang yang akan dibuat oleh rakyat.

Takkanlah bila Pakatan memerintah Malaysia, rakyat kena ambil tindakan undang-undang hanya disebabkan manifesto tidak ditunaikan? Tidak ada kerja lainlah kita sebagai rakyat waktu itu.

Tapi pemimpin boleh 'spin', tak percaya baca sini yang akhirnya mereka dan akan tukar kenyataan menjadi Pandangan Peribadi sahaja.

Janji pun tak boleh ditepati. Apatah lagi bila pemimpin tertinggi yang berjanji. Antaranya Janji Palsu Anwar - Kg Buah Pala. Belum yang lain-lain.

Dan janji-janji serupa juga ditabur di sini. Itu janji, bukan manifesto. Jadi apa sangatlah dengan manifesto.


Ada gaya pemimpin demokrasi atau pemimpin diktator? Boleh berbinkan sama nama pula dengan yang di atas sekali tu...

Jika sentuh soal cara pemerintahan; bila Pakatan memerintah Malaysia - adakah rakyat akan jadi semakin berani atau semakin takut?

Ini kerana pemimpin Pakatan mengajar rakyat 'berdemokrasi cara mereka' (itu mereka kata demokrasi); bila rakyat 'berdemokrasi cara mereka' waktu pemerintahan Pakatan nanti - bagaimana agaknya? Cuba baca sekali lagi yang ini: antarapos.com. Secara terang-terangan ugut SPR.

Belum memerintah negara lagi mereka boleh main ugut. Dengan rakyat pula bagaimana? Adakah mereka tidak akan buat pendekatan serupa? Amankah kita nanti?


Monday 3 September 2012

Menipu Dan Ditipu

Atas kiri; Duta Malaysia ke Indonesia di bawah pemerintahan PKR - Datuk Paduka Diraja Wan Md Jamal Md Saman (Pekerjaan berdasar profil sila lihat sini)

Sementara atas kanan pula ialah Duta Malaysia ke Indonesia di bawah kerajaan Malaysia - H. E. Dato' Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan

Hebat betul PKR belum menang pilihanraya lagi Duta sudah siap dilantik.

Itulah Duta PKR seperti yang dinyatakan oleh ReJaM© dalam artikelnya di blog Milo Suam semalam.

Sama ada Rejam Menipu; Ditipu atau Tertipu; pembaca nilaikan sendiri.

Saya teringatkan tulisan RBF lama dulu : Lebih baik blog kita tidak ada artikel daripada kita buat cerita-cerita fitnah (peringatan untuk saya juga)

Sementara masih dalam bulan dan suasana Hari Raya, saya ucapkan Selamat Hari Raya Idilfitri kepada pembaca yang singgah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...