Saturday 11 August 2012

McTheory, Dalam Mahkamah Kami Tak Boleh Ber'mesra'

Entah kenapa boleh teringat cerita lama sekitar April dan Mei 2012. Bukan apa, sekadar menunggu RPK dedahkan nama anak pemimpin pembangkang Melayu yang dibuntingkan oleh Tian Chua. Sudah tiga bulan menunggu...

Antara gambar yang dipetik dari Jinggo-fotopages sewaktu perbicaraan saman Kak Ijat ke atas Rafizi dan Zuraida Kamaruddin di Mahkamah Tinggi Jalan Duta semalam :

10. Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah

15. Tian Chua berjaya menyelinap masuk tanpa disedari oleh semua wakil media...

Betulkah 'di mana ada Nurul di situ ada Tian Chua'? Mungkin Kedah ke KL; Apa Kecoh-Kecoh?; Gelombang Wangsa Maju; atau The Unspinnsers ada jawapannya.


Monday 6 August 2012

BiaDAP Dan Kurang Ajar


Kalau sudah tiada semangat Malaysia; pergi tempat lain dan buatlah negara sendiri.

Membaca segala tulisan Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah dari DAP; M. Manoharan jelas menunjukkan yang beliau ini tidak suka Malaysia. Selepas pertikai dan ingin menukar bendera Malaysia; beliau mempersenda doa orang Islam dan terkini mempolitikkan kegagalan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei meraih pingat emas dalam acara akhir badminton Olimpik London semalam.

Apa perasaan pengundi Kota Alam Shah yang mengundi beliau dahulu? Bangga? Adakah sikap berdiam diri PKR dan PAS menunjukkan mereka bersetuju dengan apa yang diperkatakan Manoharan? Sekarang apa kata DAP?

Sememangnya dia tidak layak menjadi warganegara Malaysia. Lucutkan kerakyatannya itulah yang terbaik.

Buat sesiapa yang belum pernah tahu apa yang pernah diperkata oleh Manoharan; sila lihat sini; sini dan di sini.



Friday 3 August 2012

Budaya Hulur Menular Kepada Kakitangan JPN?

Nampaknya Pegawai Perhubungan Awam JPN, Jainisah Mohd Nor seorang sahaja yang bekerja di JPN. Hanya beliau yang berkata bahawa JPN memandang serius masalah atau perkara membabitkan perkhidmatannya bagi memastikan orang awam sentiasa mendapat perkhidmatan terbaik. Itu kenyataan yang dibuat hampir dua tahun lalu. Lihat sini

Seorang mangsa, Siti Salbiah Kasmori, 45 mengetahui status dirinya sudah mati pada 2001 sewaktu memohon MyKad baru sedangkan kesilapan dilakukan pihak JPN pada 16 April 1995. Sehubungan itu, aduan dibuat kepada JPN pada 2001, 2006 dan 2008 - namun belum juga selesai.

Tetapi masalah ini boleh pula selesai dalam waktu yang singkat setelah dirujuk kepada Jainisah Mohd Nor. Pengesahan serta pengaktifan rekod mangsa telah dilakukan pada 24 Julai baru-baru ini. Berita penuh baca di sini

Masalah mangsa bernama Siti Salbiah Kasmori selesai. Terima kasih.

Bagaimana dengan pencetus masalah? Biarkan sajakah? Mungkin kurang latihan atau kursus diberi kepada kakitangan JPN.

Lihat beberapa rentetan masalah yang dilapor (yang tidak dilapor kita sendiri tak tahu). Antaranya ‘Warga emas terhalang tunai baucar BR1M’ pada 24 April 2012; ‘Saya rakyat Malaysia’ pada 13 April 2012; saudara kita yang ‘Terasing di bumi sendiri’ pada 8 Disember 2011; Tak dapat naik pelamin pada 24 November 2010 seterusnya Kecewa lagi yang dilapor selepas 3 hari kemudian.

Bila terjadi kes seumpamanya lagi bagaimana? Benarkah KPI dijalankan terhadap kakitangan? Sikap segelintir kakitangan JPN tidak seperti yang disuarakan oleh Pegawai Perhubungan Awamnya...

Wednesday 1 August 2012

Orang Lain Jadi Wakil Rakyat. Wakil Rakyat Jadi Apa?


Gambar sekadar hiasan

Mungkin cara saya tidak selari dengan perkembangan semasa. Tapi apa salahnya jika saya bawa pemikiran pembaca ke satu sudut lain pula.

"Pada 23 Julai lalu, muka depan Harian Metro mendedahkan kesukaran hidup dialami keluarga Noraini hingga anak sulungnya terpaksa berhenti sekolah ketika berada di tingkatan tiga akibat malu diejek rakan berikutan kegagalan keluarga menjelaskan yuran persekolahan.

Sementara itu, tiga anaknya pula terpaksa berjalan kaki hingga tiga kilometer sehari menjual nasi lemak kerana mahu membantu menampung perbelanjaan keluarga."


Ini petikan dari Harian Metro siang tadi. Untuk baca berita penuh, sila lihat sini

Orang lain boleh kategorikan ia sebagai kes terpencil. Jika terlalu banyak, bukan lagi terpencil. Ini di negeri Johor. Semua tempat di Malaysia pun ada.

Bagaimana pihak lain lebih peka dari wakil rakyat? Bagaimana boleh terlepas pandang? Saya pernah ulas perkara ini di sini. Masyarakat umumnya inginkan sesuatu untuk kesinambungan hidup.

Sekadar cadangan sahaja; selepas PRU nanti wakil rakyat bersama Jabatan kebajikan Masyarakat lebih prihatin dan bersama jentera di bawah mereka untuk atasinya.

Takkanlah muncul bila nak pilihanraya saja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...