Tuesday 23 October 2012

Kritis Di saat Kritikal

Melayu atas pagar tidak bermaksud pengundi atas pagar

Pemikiran setiap individu adalah berbeza. Bila diterjemahkan dalam penulisan blog, ada yang boleh terima dan ada yang tidak boleh terima.

Jika kita lihat blogger pro-kerajaan, masing-masing punyai cara dan corak pemikiran tersendiri. Ada yang ambil pendekatan menghentam pemimpin tertentu yang dianggap "duri dalam daging"; ada yang hentam projek yang dijalankan kerana "nasihat yang dilihat tidak membantu pemimpin dan kerajaan". Ada juga yang belasah semua - pemimpin, penasihat dan projek.

Tetapi amat kurang yang berani menegur "dari dalam". Ramai yang makan gaji, tak kurang juga yang malas tapi nak juga berblogging tiap masa.


Sebahagian dari mereka yang berani dan tidak malu menegur...

Selalunya pula, pandangan kritis ini dipandang serong dan muncullah ayat-ayat cacian, berkepentingan peribadi, dan tak kurang juga dituduh mendapat habuan dari pihak tertentu.

Apapun pada saya tujuan mereka hanya satu. Memastikan yang terbaik buat kerajaan apatah lagi dengan pilihanraya umum yang semakin hampir - tidak mungkin melangkaui 6 bulan dari sekarang.

Buat kita semua, fikir-fikirkanlah...

Monday 15 October 2012

Peluang... Cantas Dari Luar


Bagaimana BN atau lebih spesifiknya UMNO akan menyusun 'bakal-bakal calon' yang tiba-tiba menonjol melalui pentas-pentas ceramah. Begitu juga dengan kedudukan wakil-wakil rakyat Bebas Pro-BN; adakah mereka akan dengan mudah bertanding tanpa calon BN?

Tidak perlu diperincikan; hanya berdasar keaktifan mereka ini yang nyata beri signal kepada pucuk pimpinan UMNO/BN "boss, jangan tak nampak saya..." atau "boss, jangan lupa saya..."

Belum lagi nama-nama yang bakal muncul pada saat akhir (bidan terjun) terdiri dari non-politician tetapi popular kerana kepakaran ekonomi serta semakin disenangi rakyat.

Penerangan gambar di atas; sila baca sini dan sini.

Manakala ulasan selamat TPM pula boleh didapati di sini.

Thursday 11 October 2012

Belum Terlewatkah Untuk Perbetulkan Kesilapan?


Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan

Banyak isu dimainkan oleh kedua-dua penyokong baik penyokong kerajaan mahupun penyokong pembangkang. Ada yang memang isu, ada yang bukan isu tetapi jadi isu, tak terkecuali benda tak ujud juga jadi isu (fitnah).

Ada juga perkara yang tiada tetapi diadakan dan terus jadi isu, apatah lagi jika ianya libat dan beri kesan langsung kepada pengguna - lebih tepat lagi pengundi yang akan mengundi pada pilihanraya umum nanti.

Saya tulis tentang Automated Enforcement System [AES] kerana penguatkuasaannya beri kesan terus kepada rakyat.

Tujuan asal pemasangan AES untuk mendidik pemandu berhemah serta kurangkan kemalangan. Impak selepas 11 hari beroperasi; sebanyak 63,558 kesalahan pemandu dirakam. Dan kesalahan-kesalahan ini meningkat setiap hari - bukan berkurang.

Bagaimana saman terhadap kesalahan tersebut dapat membantu pemandu jadi lebih berhemah serta boleh mengurangkan kemalangan jalanraya; kena minta jawapan dari Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan.

Bila tindakan yang dibuat oleh anggota dalam kerajaan dan keputusan tidak memihak kepada kerajaan; hanya beberapa blogger pro-kerajaan saja yang berani menegur. Bukan dalam isu AES sahaja.

Yang nyatanya - kesalahan semakin meningkat; kemalangan dilapor setiap hari; masyarakat semakin mencemuh AES; tanggapan tangan kanan memberi tangan kiri mengaut semakin luas; dan adakah ini juga boleh mempengaruhi pengundian nanti?

Jika kita boleh betulkan kesilapan, perbetulkanlah. Jika sesuatu tindakan itu hanya akan jadi satu kesilapan di kemudian hari nanti; perhalusi dahulu jangan sampai ianya benar-benar jadi satu kesilapan. Bila disengajakan agak sukar untuk diperbetulkan. Ramai pihak kena bantu perbetulkan. 'Spin' tang mana pun akan jadi isu juga nanti...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...