Wednesday 9 December 2015

Teknik Mengenal Batu Api Atau Pengadu Domba


Lari tajuk sikit sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

Kepada pembaca yang baru nak belajar teknik bagaimana mengenal Batu Api atau lebih tepat lagi dipanggil Pengadu Domba; di bawah ini saya tunjukkan sedikit contoh:

1. Batu Api atau Pengadu Domba akan 'repost' atau buat siaran ulangan berita yang tidak bantu apa-apa. Contohnya:

Siaran ulangannya di sini:

2. Batu Api atau Pengadu Domba tidak sabar untuk komen di entri sendiri. Kadang-kadang terlupa entri tersebut 'auto publish' dan belum masa untuk jadi tatapan umum. Maka keluarlah komen yang lebih awal sebelum 'masa'nya. Contoh komen awal untuk entri di atas:
Mungkin sudah ada komen terbaru tetapi ini 'screenshot' dua hari lepas.

3. Bila hasil dari 'copypaste' tidak seperti diharapkan; Batu Api atau Pengadu Domba akan buat entri baru untuk pertikai hasilnya untuk sedapkan hati sendiri. Contoh:

4. Batu Api atau Pengadu Domba benar-benar gembira dan puas hati bila buat komen seperti di bawah ini:
Tak tahulah berapa tong minyak yang ditambah untuk besarkan 'api permusuhan' dan buruk sangka sesama sendiri. Takkan tak perasan dalam 'blog listing' sendiri ada senarai yang sama...?

Mari lihat antara senarai 'blog listing' tuan punya blog yang keluarkan komen di atas:

Itu antaranya. Bagi saya - jadilah 'pengkritik yang bagus walau berisiko' tetapi jangan jadi Batu Api atau Pengadu Domba.


Wednesday 25 November 2015

Untung Berganda Ganda


Terima kasih 1MDB :)

Rakyat Malaysia jangan risau jika perniagaan tidak jana untung. Kita telah ditunjukkan jalan oleh mahkamah melalui kemenangan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) serta orang no. 1 nya yang didapati tidak melakukan apa-apa kesalahanpun. Ia jadi pemangkin dan pembakar semangat untuk kita berniaga.

Najib pula sudah ada 'precedent' jika beliau didapati ada kes untuk dibawa ke mahkamah. Hooreyyyyy...

Mari lihat model perniagaan yang mana perlu kita contohi:

Model bisnes pertama. Tidak begitu menarik. Terlalu 'straight forward':

Model bisnes kedua. Memang meriah dengan warna. Sepatutnya menjadi contoh kepada usahawan / bakal usahawan Malaysia:

Inilah model bisnes yang diguna pakai oleh kerajaan Malaysia pimpinan Najib...


Tuesday 24 November 2015

Solidariti Dari Cawangan


Najib, cuba campurkan 108 dengan yang sedia ada.
Jangan salah kira...

"Kalau setakat lebih dari 200 Ketua Cawangan tu apalah sangat... 200 dari 20,000 Cawangan baru 0.01%.. takkan goyang punyalah Najib tu.." Ini dari Anak Sungai Derhaka

Rasanya sudah cukuplah tu. Kerana bila jumlahnya lebih besar; Ketua-Ketua Bahagian pun turut kena ikut letak jawatan.

Nanti bila peratusannya semakin besar; jangan sampai Pak-Pak Menteri pun kena letak jawatan…


Malam tadi di Johor Bahru pun telah berlangsung Solidariti Ketua-ketua dan Ketua-ketua Pemuda 108 Cawangan dari 7 bahagian Umno di Negeri Johor.

Mesejnya mudah. Najib letak jawatan. Takkan nak heret seluruh pasukan...


Friday 9 October 2015

Kenyataan Paling Win Setakat Ini


Nampaknya Masih Ada Harapan...

Hampir sebulan tercari-cari; saya fikir kenyataan BNM di bawah ini paling sesuai untuk dikongsi:


Saya juga suka berkongsi artikel ini yang mana sebelum ini saya fikir BNM seperti tidak punya ruang untuk rakyat Malaysia bergantung harap...


Saturday 12 September 2015

Korban


Malaysia Tanah Tumpahnya Darahku

Salam Aidil Adha. Lama sungguh tak menulis, sedap membaca dan melihat perkembangan. Ada yang kembang ada yang kuncup. Ada yang gugur ada yang tak gugur gugur.

Saya nak tulis panjang sikit. Bila dah panjang kenalah buat point-point yang kini jadi trend. Sudah banyak media sosial ikut cara penulisan Mahathir yang bernombor.

Umumnya rakyat Malaysia disogok dengan persepsi benci pemimpin. Persepsi buruk ditanam begitu kuat hingga akhirnya pemimpin yang bakal mengganti juga akan dibenci. Bukan itu saja malah, bekas pemimpin juga terkesan. Kenapa jadi begini? Kerana kesilapan banyak pihak yang tidak membantu.

Kesilapan Najib

Buat keputusan sendiri menerusi penasihat peribadi. Dia lupa yang dia adalah Perdana Menteri; pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO. Banyak saluran yang boleh beri nasihat; boleh dirujuk tapi dia tak guna pakai. Sudah bermasalah, sudah terlambat baru nak jumpa. Itu baru jumpa; belum nak teliti pandangan atau nasihat.

Gaya hidup yang tidak sihat. Ayat mudahnya kena Queen Control. Tak perlu pertikailah, semua orang nampak, jelas dan nyata.

Kesilapan Kita

Timbul rasa tak puas hati, sakit hati hingga nak buang Najib; hingga ke tahap nak runtuhkan Malaysia. Fikirkanlah siapa. Tak percaya?

Jika tidak bagaimana gambar, laporan serta maklumat boleh tersebar? Takkan pengguna media sosial, wartawan serta kita semua dapat tahu terus dari langit? Contoh terbaik - bagaimana maklumat perbankan boleh tersebar?


Satu dunia tahu. Apa niat sebenar penyebar maklumat?
Setakat nak jatuhkan Najib atau nak jahanamkan Malaysia?


Majlis belum tamat, media sosial dah penuh dengan kejian
dan makian. Dengki Najib atau dengki Malaysia?


Adakah dengan penyebaran gambar seperti ini
hutang 1MDB terus langsai?


Najib turun, pemimpin lain naik. Persepsi kepada 'pemimpin'
dah ditanam awal-awal. Adakah ia membantu?


Bukan sikit belanja nak tampung duit baju, makan, tambang, penginapan, promosi, banner bunting bagai. Siapa dapat kontrak?
Ini pro-kerajaan tetapi apa yang dapat bantu kerajaan bila buat perhimpunan macam ini? Selesaikah masalah yang ditimbulkan oleh 'penyebar' maklumat? Atau setakat PUAS HATI - Habis cerita.
Begitukah yang kita inginkan?


Tetap nak tikam... Dah tak suka sangat pergilah jumpa bomoh.
Jangan ajak dan racun pemikiran rakyat Malaysia...

Makanya segala bahan-bahan ini digunakan oleh mereka (yang tidak sadar dipergunakan) untuk propaganda dan timbulkan persepsi.

Jika Najib buat salah, kita pula tak guna saluran yang betul untuk betulkan kesalahan. Kita malah nak tarik semua orang dan tunjuk yang Najib bersalah. Apa hasil yang kita dapat?

Apa yang telah kita buat untuk betulkan kesilapan / kesalahan dari hari pertama kita tahu adanya kesilapan? Setakat menuding jari dan menambah cili tak membantu langsung. Bantulah, beri nasihat, idea dan pandangan untuk naikkan kembali imej Malaysia.

Tukar provokasi dan persepsi kepada cadangan yang boleh bantu rakyat dan negara Malaysia. Jika boleh berblogging atau bermedia sosial dengan tidak berbayar/dibayar yang boleh timbulkan persepsi yang kuat; kenapa tidak buat sebaliknya?

P/S: Kepada Najib dan sekutu; saya rakyat Malaysia. Saya masih nak lihat Malaysia membangun dan disegani dunia. Jika anda dan sekutu juga berniat sama seperti saya dan rakyat Malaysia yang lain; berundurlah dan serah tugas kepada yang mampu.
ANDA SUDAH TIDAK BOLEH

Hayatilah maksud 'korban' yang saya pilih sebagai tajuk entri


Saturday 9 May 2015

Ahmad Maslan Cuba Jawab Ini


Soalan mudah tu, CGPA 3.78 takkan
tak boleh jawab dengan betul

Ini saya 'copypaste' dari blog Taipingmali. Ada yang saya gelapkan supaya jadi 'hints' untuk mudah Ahmad Maslan baca, fahami dan jawab :

Terdengar bual bicara mengenai GST yang dipaneliskan oleh Timb Menteri Kewangan, Dato Ahmad Maslan yang dikaitkan dengan tidak cerdik di media maya. Saya agak sukar mempercayai mainan media ini kerana CGPA menyatakan beliau memperoleh 3.78, manakala "grading" kecerdikan pada kiraan CGPA ialah 3.5 ke atas.

Sebagai Timbalan Menteri yang terlibat secara langsung dengan GST, sepatutnya dia lebih faham dan mampu memberi faham kepada orang awam. Apabila saya sendiri mendengar penerangan yang disampaikan oleh beliau, seolah-oleh mengesahkan apa yang di"viral" dalam media maya.

Katanya, apabila GST dikenakan, harga barang pengguna akan turun kerana GST hanya 6% berbanding dengan struktur cukai lama SST sebanyak 10%. Ya, dari segi angka memang 6% lebih rendah dari 10%.

Di sini saya melihat Ahmad Maslan kurang CGPAnya. SST dikenakan 10% pada harga import atau harga pelepasan dari kilang? Sedangkan pengguna kena membayar GST pada harga akhir setelah ditambah keuntungan perniagaan dipelbagai peringkat.

SST

Contoh pengiraan SST dari kilang/pengimport sehingga kepada pengguna. Katakan harga import/pelepasan dari kilang RM100 + SST 10% = kos barang menjadi RM110.

Andaikan pengimport mengambil untung 10% + pemborong 10% + peruncit 30%. Maka harga pengguna akan menjadi (kos RM100 + SST RM10) + (RM11 10%pengimport) + (RM 12. 10/= 10% pemborong ) + (RM39.93/= 30% peruncit) = RM173.03

Harga pengguna termasuk SST adalah RM173.03

GST


GST adalah cukai ke atas barang dan perkhidmatan sebanyak 6% yang perlu dibayar mengikut harga akhir sebelum sampai kepada pengguna. (GST dibayar mengikut peringkat transaksi perniagaan)

Contoh harga import/pelepasan dari kilang RM100 + GST 6% = RM106. Katakan kadar keuntungan yang sama seperti SST di atas di mana pengimport 10% + pemborong 10% + peruncit 30%,
maka harga pengguna akhir akan menjadi berdasarkan kiraan di bawah.

Harga kos RM106 + (10% pengimport RM10.60 + GST RM6.70) + (10% pemborong RM16.15 + GST RM8.37) + (30% peruncit RM44.35 + GST RM11.53)= RM200.07.

Harga pengguna termasuk GST adalah RM200.07


(Nota pengiraan ini dianggap GST dikira sebagai kos oleh peniaga disemua peringkat transaksi perniagaan dengan tidak ditolak rebate 6% yang boleh dituntut semula oleh peniaga)

Bandingkan harga pengguna untuk barang yang sama dengan kadar keuntungan yang sama oleh peniaga di peringkat import + pembong + peruncit pada harga kos RM100.

SST = (Kos + keuntungan peniaga + SST) HARGA RAKYAT RM173.03

GST = (Kos + keuntungan peniaga + GST) = HARGA RAKYAT RM200.07


Bagaimana Ahmad Maslan boleh mengatakan pelaksanaan GST menjadikan harga barang lebih murah? Kalau UMNO/BN dan menteri yang memiliki CGPA 3.5 ke atas sepatutnya memulakan GST dengan kadar 0% ke atas semua barangan dan perkhidmatan.

Setelah dibuat kajian mendalam, maka GST secara satu persatu dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan mewah yang digunakan oleh rakyat yang berpendapatan tinggi.

Kerajaan yang cekap sewajibnya menjana pendapatan untuk meringankan Rakyat, bukannya membebankan rakyat dengan salah urus pihak kerajaan selama ini. Dasar UMNO/BN dilihat membebankan rakyat untuk "menghadiahkan" kekayaan percuma buat pemimpin mereka.

Fikir-fikirkanlah,

* Catatan selepas Subuh, berasaskan ilmu semasa bertugas di Jabatan Kastam

Terus Beristiqamah,

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

Jumaat 1 Mei 2015
14 Rejab 1436

Apakah Selepas Ini Syarikat Insurans Pula?


Sekadar bertanya takkan tak boleh

Beberapa agensi kerajaan telah dikerah. Perbendaharaan bekukan beberapa aktiviti berkaitan gaji. LHDN korek semula akaun pembayar cukai.

Paling cepat ialah melalui Kastam dan kesannya kerajaan berjaya kutip RM922 juta hanya dalam tempoh 22 hari pertama pelaksanaan GST. Itu belum termasuk kutipan GST daripada 373,668 syarikat berdaftar. Sumber terbesar dan terpantas hingga Ahmad Maslan kata tak mungkin akan mansuh GST.

PDRM pun telah maklumkan tarikh akhir bayaran saman 15 Mei 2015 terutama saman berwaran.

Ada juga cubaan untuk guna wang beberapa badan pemegang amanah awam tapi tak semua berjaya. Bayangkan jika KWSP berjaya lewatkan pengeluaran pencarum ke umur 60 tahun; lambakan wang tersedia.

Tetapi sebaliknya berlaku terhadap Tabung Haji yang berjaya dikeluarkan sebanyak RM188.5 juta.

Mungkin akan keluar pula cerita KWAP, AmanahRaya selepas ini.

Friday 8 May 2015

Tahniah Kerana Berjaya


Dipalit isu GST, 1MDB, peribadi
dan lain-lain pun saya masih boleh
kekalkan 40%. Power tak?

Tahniah kerana BN berjaya mengekalkan kekalahan dengan 40% undi (atau lebih tepat 40.44%)

21,475 undi melambangkan 100% ahli UMNO (bila difaham ahli UMNO di situ berjumlah 15,000 atau 20.7%) mengundi BN campur undi parti komponen berjumlah 6,475 (19.74%).

Manakala mereka yang boikot mengundi lebih besar dari peratusan ahli UMNO. Lebih 26%

Rumusannya, kesemua ahli UMNO dan ahli parti komponen BN bersetuju dengan pucuk pimpinan Najib; dan menerima segala tindak tanduk terkini kerajaan.

Contoh penerimaan seperti bersetuju dengan aktiviti 1MDB buat pinjaman 42 Billion (dengarnya dah naik jadi 49 Billion) belanja lebih 15 Billion dan selebihnya tidak dapat diperjelaskan ke mana.

Contoh penerimaan lain seperti menerima pakai GST walaupun ada yang tak layak bayar cukai (dan dapat wang zakat). Mereka juga bersetuju dengan jumlah jualan peniaga yang jatuh merudum setelah hampir 50 hari GST dilaksanakan walaupun tujuan asal kerajaan untuk menjana dan merancakkan ekonomi.

Mereka juga bersetuju nampaknya wang simpanan mereka di Tabung Haji diguna pakai untuk beli sebahagian aset IMDB dengan harga yang mengarut walaupun tujuan asal menabung di Tabung Haji untuk kegunaan mereka menunaikan haji.

Rumusan seterusnya: 59.56% pengundi TIDAK BERSETUJU manakala dari lebih 1/4 daripada jumlah pengundi berdaftar yang protes juga seperti TIDAK BERSETUJU.

Apa-apa pun, tahniah sekali lagi untuk PM Najib.


Monday 4 May 2015

Cabaran


Perlu 19.3% untuk kekal 40% kalah

Kita difahamkan sekitar 15,000 ahli UMNO di Permatang Pauh.

Mengikut Daftar Pemilih Suku Kedua 2014 yang berakhir 30 Jun 2013 pula, pemilih berdaftar di Permatang Pauh seramai 72,496. Maka ahli UMNO adalah 20.7%.

Untuk kekalkan kekalahan 40% BN perlu sokongan 100% pengundi UMNO ini serta 19.3% dari parti komponen dan pengundi bukan UMNO. Dan perlukan 11% lagi untuk menang. Dalam erti kata lain, BN perlu dapat 14,000 undi lagi untuk kekal kalah pada 40% dan perlu tarik lagi 8,000 undi untuk menang mudah. Praktikalnya pula BN perlu 37,000 undi untuk menang di sana (Andaian calon lain kalah wang pertaruhan; 100% turun mengundi dan tiada undi rosak)

Secara amnya 60% tidak undi BN bila kita lihat rekod 3 pilihanraya terakhir di situ. Pada PRU 12 (2008); PKR peroleh lebih 60%; PRK 26.8.2008 peroleh 66%; manakala 59% pada PRU 13 (5.5.2013) tanpa isu besar melibatkan kerajaan.

Persoalannya; tanpa isu besar BN masih gagal tarik lebih 40% undi. Adakah sepanjang 2 tahun ini dengan dipalit pelbagai isu terhadap tindak tanduk kerajaan; akan berjaya melebarkan peratusan tersebut?

Sembang bagus nak ujudkan banyak peluang kerja. Terkini contoh terbaik - belum apa-apa lagi peluang pekerjaan dalam sektor kerajaan sendiri sudah tertutup.

Jika kita mensasarkan 'memang akan kalah di P044 tetapi dengan majoriti lebih besar', maka satu cabaran buat BN terutama PM Najib – bila undi diperoleh kurang dari 20% bermakna ahli UMNO juga menolak BN...

Friday 1 May 2015

Sekadar Cadangan


Bukan bermaksud nak mengajar, awakkan menteri
Amacam?

Tapi jika ini lebih rasional; buatlah kajian. Begini:

a. 1.1.2015 hingga 31.3.2015 – Ada peniaga kekalkan harga, ada yang sudah naikkan harga

b. 1.4.2015 – Pelaksanaan GST, majoriti harga naik kerana penambahan 6% GST. Rata-rata rakyat bising dan luahkan rasa tak puas hati

Boleh tak begini:

1. 1.4.2015 – Kuatkuasakan harga pada 31.12.2014 (kerana 1.1.2015 hingga 31.3.2015 ada yang gila naikkan harga)

2. 1.4.2015 – 30.4.2015 – tempoh bertenang. Maknanya kuatkuasakan harga baru tanpa SST. Maka harga akan kekal dan ada yang murah sehingga 10% (SST sekitar 0% ke 10%)

3. 1.5.2015 – kuatkuasakan GST. Harga barang akan naik cuma 6%. Barulah rakyat nampak GST ni tidak membebankan

Kesannya:

1. Kastam tiada hasil kutipan cukai (SST) daripada peniaga sedia ada untuk sebulan (sepanjang 1.4.2015 hingga 30.4.2015) kerana tempoh bertenang tersebut

2. Kastam dapat lebih kutipan cukai (GST) daripada peniaga sedia ada DAN peniaga yang dimestikan mendaftar untuk GST (belum termasuk peniaga degil dan denda lagi) bermula 1.5.2015. Ini dapat tamping semula SST yang tidak dapat dikutip sepanjang April 2015.

3. Rakyat nampak perjalanan pemansuhan SST kepada GST yang dengan jelas tidak membebankan. (Awalnya Jualan + 0% hingga 10%; selepas itu Jualan - 0% hingga 10%; dan akhirnya jualan + 6% sahaja)

Sekarang segala mekanisma sudah ada dan tersedia. Peniaga sudah ada sistem untuk GST. Ok kita anjakkan tarikh yang saya sebutkan di atas, bagaimana, bolehkan?

Kita hanya perlu:

1. Kuatkuasakan harga jualan peniaga sewaktu 31.12.2014 bermula 1.6.2015 (Ini bermakna harga jualan + 0% hingga 10% SST).

2. Tempoh bertenang bermula 1.7.2015 hingga 31.7.2015 (Harga jualan tanpa SST sepanjang bulan Julai 2015)

3. Kuatkuasakan harga jualan peniaga berdasar harga bulan Julai 2015 + GST 6% bermula 1.8.2015

Amacam? Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih...

Saturday 25 April 2015

Masa Untuk Melengah-lengahkan Permainan Hampir Tamat


"Boleh dia buat majlis tertutuplah pula. Kena fikir plan baru lepas PRK Rompin nampaknya"

Sepertinya agak terancang segala yang berlaku demi untuk tutup beberapa isu panas. Kita disajikan dengan berita-berita yang 'cuba alih isu' dan nampaknya para pemain perlu fikirkan benda baru selepas PRK Rompin. Jika tidak, kusutlah hendak menghadap persoalan 1MDB. Itu baru 1MDB belum yang lain-lain lagi...

Serangan Lahat Datu, penculikan, nahas kapalterbang, kes liwat Anwar Ibrahim, GST, nahas helikopter, tiba-tiba KWSP masuk mencelah, PRK Permatang Pauh, PRK Rompin, apa selepas itu?

Baki pinjaman 1MDB selepas tolak segala belanja tinggal berapa? Rasanya masih bersisa lebih RM20 Billion. Ke mana baki duit pinjaman tersebut?

Bermain dengan masa, tunggu sajalah masa yang tepat akan tiba.

Sunday 19 April 2015

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) – Jawapan Kepada Persoalan 1MDB dan Cadangan Elak GST daripada Pemimpin Memang Sesuai Dengan PT3


"Inilah jawapan kesan daripada pendidikan PT3. Jika boleh spin, spin saja. Sebab itu ramai dapat F. Kami adalah contoh kepada pelajar"

Kita minta kerajaan telus, tunjukkan bagaimana aliran wang 1MDB kerana itu wang rakyat; TERKINI Datuk Puad Zarkashi spin balik suruh kita tunjuk bukti wang 1MDB hilang! Itukah jawapannya?

Paling mengarut dalam kehidupan kita yang berkait GST ialah cadangan bercucuk tanam; masak sendiri; naik basikal; lebihkan penggunaan elektrik waktu malam sahaja; apa ni?

Berita penuh sila ke SINI

"Sebaliknya negara kita mesti melahirkan pelajar berkualiti yang mempunyai kemahiran berfikir yang lebih kritis, kreatif dan mendorong pelajar untuk berfikir di luar kotak.

Justeru itu, setelah meneliti dan membuat kajian terperinci, PT3 yang mengantikan PMR telah diperkenalkan pada tahun ini, ditambah baik dengan memberikan lebih penekanan kepada soalan-soalan yang memerlukan pemikiran aras tinggi."
Ini pula dipetik dari KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Klik link untuk baca kenyataan penuh.

Apa betulkah kerajaan buat sesuatu untuk kebajikan/kemudahan rakyat? Kemudian rakyat kena buat sendiri untuk kebajikan/kemudahan diri sendiri, apa ni?

Jika jawapan-jawapan mereka berkaitan soalan-soalan 1MDB serta cadangan-cadangan tak masuk akal untuk elak GST menjadi jawapan dan cadangan terbaik kepada rakyat Malaysia – maka keputusan PT3 2014 seperti ini boleh dinilai sebagai terbaik:
Sebelum ini ada antara kita tak kena bayar cukai sebab miskin/kurang mampu (kerajaan dah kategorikan mereka sebegitu) dan ada yang layak dapat wang zakat. Selepas 1 April 2015 golongan fakir miskin pun kena bayar GST (bayar cukai) walaupun mereka sepatutnya tak payah bayar malahan dapat wang zakat pula.

Jawapan kepada persoalan-persoalan 1MDB memang sebenarnya tidak menjawab soalan-soalan tersebut; serta cadangan-cadangan untuk elak GST tunjukkan kita mundur ke belakang dikala dunia semakin maju.

Mari kita tunggu dan lihat laporan prestasi PT3 2015 akan datang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...