Friday 22 February 2013

ISA mansuh, kenapa dengan Sabah?


Kebiasaannya saya mengulas selepas beberapa lama isu berlegar. Hari ini saya menulis berdasar laporan semasa yang belum tentu sahih.

Sila baca apa yang tertulis di blog-blog ini dan cuba kait dan fikir kesinambungannya:

1. TOP SECRET! Apa Tian Chua Buat Dengan Nur Misuari 4 Bulan Lepas?;
2. Dedah! Empat Bodyguard ‘Hebat’ Dari Filipina dan Kaitan Dengan Empat Bekas Pegawai Tinggi ATM!;
3. PENGAKUAN Nur Misuari ... "Tian Chua Saksi Utama SAYA LAKUKAN PENCEROBOHAN di Lahad Datu"; dan
4. Isu Perang Lahad Datu : Skandal, konspirasi, realiti atau propaganda?


Ketika bahang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) semakin hangat - kita dimomokkan dengan isu pajakan Sabah yang akan tamat bulan Mac 2013; pertemuan sulit Tian Chua dengan Nur Misuari (bekas MNLF Filipina); 4 pengawal peribadi Anwar Ibrahim dari Filipina besama beberapa bekas pegawai tinggi ATM; dan kini 150 'gerombolan askar' dari Filipina telahpun berada di Lahad Datu, Sabah bertopengkan 'tentera Kesultanan Sulu'...

Apakah kerajaan Malaysia tidak tercium bahaya yang ditiru seperti dalam beberapa filem Amerika? Apakah setelah berlaku kerosakan baru tindakan akan diambil?

Thursday 7 February 2013

Baca Sekali Lagi, Siapa Yang Sebenarnya Cemar Maruah Keluarga?


Ini hanyalah masalah keluarga tetapi disensasikan kerana salah seorang anggota keluarga adalah ahli politik. Baca sini.

Masalah rumahtangga seperti bermula pada bulan Jun 2012 selepas Mastura Othman (isteri kedua) ternampak sesuatu yang tidak elok di talipon suami beliau (YB Mohd Ariffin Abdullah). YB Mohd Ariffin mengangguk bila ditanya adakah itu isteri (ketiga). Menurut Mastura, beliau 'tidak kisah' kalau suaminya berkahwin lagi, namun mestilah bertanggungjawab dan memelihara maruah beliau dan anak-anaknya.

Sebuah majalah hiburan (lihat sini) pada Disember 2012 menyiarkan YB Mohd Ariffin dan isteri ketiganya bernikah beberapa bulan sebelum adik isteri ketiga itu bernikah (Adik isteri ketiga itu seorang artis dan bernikah dalam bulan Julai 2012). Jadi ini bukan isu politik. Mereka sudah bernikahpun.

YB Mohd Ariffin berkahwin dengan seorang wanita 2 anak yang masing-masing sudah melepasi usia 21 tahun. Dalam bulan yang sama juga (19 Disember 2012) Mastura bertemu YB Mohd Ariffin untuk minta lafaz cerai. Tak dapat lafaz cerai, kes ke mahkamah.

Pasangan Mastura Othman - YB Mohd Ariffin ini sudah 24 tahun berkahwin. Cerita dalam kelambu ini disuarakan sendiri oleh Mastura sewaktu wawancara setelah kemukakan tuntutan di Mahkamah Rendah Syariah Dungun, 4 Februari 2013. Rakaman video sidang media pun ada.

Jadi,siapa sebenarnya tidak tahu menjaga maruah dan nama baik keluarga? Cubalah elakkan dedah aib pasangan kita. Baik-baik saya tidak tahu, saya pun tahu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...