Saturday 15 June 2013

Sampai Bila?


Bangunlah. Nak tidur sampai bila?

Jika jawatan Presiden, Timbalan, ketua Wanita, ketua Pemuda, ketua Puteri tidak perlu dipertanding; dan ahli bawahan cuma perlu bertanding di peringkat cawangan dan bahagian saja; tak payahlah Perhimpunan Agung UMNO (PAU). Buang duit, buang masa saja. Semua akan terus tidur.


Penyokong dan ahli UMNO disuap pemimpin sedia ada. Sampai bila akan jadi lebih terpimpin dan dan lebih kuat? Baca semula ulasan saya tentang pentingnya ahli.

Bangunlah. Apa akan jadi jika penggiat media sosial yang selama ini menyokong kuat UMNO benar-benar terus menyepi dan tidak mahu tunjuk muka seperti apa yang berlaku pada Majlis Pertemuan Penggiat Media Sosial Dengan PM?

Tegur tak kena, tak tegur tak boleh. Jika begini sudahnya, ahli-ahli akan 'benar-benar memilih' pada PRU14...

Sunday 9 June 2013

Semua Kena Kencing


"Kalau nak tolong orang, musti mau tolong betul-betul"
pada minit 1.42 di sini. Kencing baeeeek punya

Tengoklah nanti pemimpin perhimpunan-perhimpunan seperti gambar di bawah hadir atau tidak ke majlis angkat sumpah Parlimen nanti. Jika tidak hadir selepas tempoh dibenarkan, betullah mereka tidak iktiraf keputusan PRU13 dan kerusi-kerusi mereka perlu dipertanding semula. Jika mereka hadir pula, ishhh lagi nak kata pilihanraya tak betul? Jilat ludah sendirilah nampaknya.

Bersih? Perhimpunan Black 505? Tidak iktiraf keputusan PRU13?
Masih ingin ke perhimpunan 15 Jun? Siapa kena kencing?

Sekadar pinjam ayat dari sepanduk di atas:
"Najib, Do You Really Care?"

Oh iya. Mari imbau kemenangan BN atau lebih spesifiknya UMNO. PRU11 2004 - dari 198 kerusi keseluruhan, UMNO menang 110 dari 114 kerusi yang dipertanding. PRU12 2008 pula BN dapat 140 kerusi dan UMNO menang 77 dari 117 kerusi yang mereka bertanding. Terkini - PRU13 BN tinggal 133 kerusi saja yang dimenangi manakala UMNO menang 88 dari 117 kerusi yang ditandingi.

Setiap kali PRU akan ada perkara tak berapa betul melibatkan duit. Bukan 'dalam UMNO' saja, lain-lain parti pun sama dua kali lima. Tetapi jika UMNO menang 115 dari 117 kerusi yang ditandingi; adakah akan berlaku pembunuhan karektor seperti yang berlaku sekarang? 'Character assasination' tidak timbul pada PRU-PRU sebelum ini oleh blogger-blogger Pro BN. Mari baca apa kata Brader Jai tentang apa yang berlaku di Selangor.

Sebelum pilihanraya tolong cantas; pilihanraya sedang berlangsung pun tolong cantas; ini sudah habis pilihanraya masih lagi sibuk tolong mencantas. Berilah pendapat atau cadangan agar UMNO lebih relevan. Yang membaca siapa? Siapa kena kencing ni?


Cili Padi, kickdefella, GWM, RBF sunyi sepi bila tengok
lif pun kena kencing...


Friday 7 June 2013

Serupa MLM, Infinitikah?


Bro, jika pandai mulakan sesuatu; kenalah pandai tamatkannya

Saya teringat satu blog yang bersungguh pertahankan AC Mizal (la ni dah Dato') sewaktu dihentam teruk oleh pengendali blog Aidid Muaddib. Setelah pengendalinya mengeluarkan entri berkaitan Skim Amanah Saham 1 Malaysia sekitar awal Januari 2012, blog tersebut tidak dapat diakses. Sekarang blog tersebut sudah boleh diakses kembali namun beberapa artikel tertentu telah dibuang oleh pengendalinya.

Mungkin blog papagomo akan mengikut jejak aididmuaddib; atau sekurang-kurangnya mengikut jejak pengikut-pengikut Dato AC Mizal yang beralih kepada projek lain dan meninggalkan downliners mereka terkontang kanting setelah masing-masing rasa sudah cukup buat duit melalui skim piramid Dato AC.

Kerana sekarang ini sudah muncul blog baru yang begitu bersopan santun sekali setelah dapat perkenan gelaran 'Sir'. Marilah kita sama-sama baca kupasan beliau yang diharap tidak akan tercemar dengan berita dan/atau video seks. Tanpa berita-berita sebegitu kita masih boleh perjuang apa yang ingin diperjuangkan.


Saturday 1 June 2013

Strategi Yang Parti Parti Politik Tak Lupa, Cuma Lupa Nak Beritahu Pengundi


Tsunami Cina sajakah? Tsunami Melayu, Tsunami India,
pun adaaaaaaaa. Tak percayakah?

Amalan demokrasi di Malaysia benarkan sesiapa yang layak boleh bertanding tetapi lihat apa tujuan bertanding. Sebenarnya sukar untuk menang jika bertanding atas tiket bebas. Tetapi lambakan calon bebas kerusi Parlimen (79) serta DUN (190) PRU13 memeranjatkan. Untuk rekod, seorang saja calon menang bertanding atas tiket bebas setakat ini. Rujuk tahun 1988 bila Shahrir Samad bertanding sebagai calon bebas di kerusi Parlimen Johor Bharu dan menang dengan majoriti lebih 12,000 undi.

SPR...M buatlah lawatan lihat mereka dalam kesusahan (kewangan?) selepas PRU13 atau tidak. Saya amat bersetuju jika deposit calon bertanding dinaikkan kepada satu kadar yang agak tinggi. Jadi bila ingin taja calon bebas bertujuan pecahkan undi parti tertentu kena fikir dua tiga kali. Cuba baca PR Tawar Kamilia Bertanding Sebagai Calon Bebas

Saya tidak menuduh cuma kebetulan saja di mana PKR bertanding di kerusi Perlimen yang diketahui mereka sukar menang; akan ada calon bebas turut bertanding. Contoh terbaik di Sabah: P.169 - Kota Belud, P.170 – Tuaran, P.179 – Ranau, P.182 – Pensiangan, P.190 – Tawau, P.202 - Sri Aman, P.205 – Saratok, P.214 – Selangau, P.220 - Baram. Saya masukkan Parti SWP dalam senarai P.202 - Sri Aman dan P.214 – Selangau kerana tujuan mereka bertanding bukan untuk menang. Cuba baca apa yang ditulis di sini.

Taktik ini sebenarnya boleh makan diri. Lihat P.220 – Baram dan baca siapa Patrick Sibat Sujang yang turut bertanding sebagai calon bebas.

Kita pergi ke kerusi DUN pula:

Lihat imej N.15 - Sanglang (Perlis). Memang patut UMNO pecat mereka yang bertanding atas tiket bebas. Lihat pula N.25 - Bukit Selambau (Kedah).

Di N.40 - Guchil (Kelantan); 2 calon bebas berjaya pecahkan undi dan inilah satu-satunya kerusi DUN PKR menang di Kelantan. Terengganu juga meriah. Ada 8 kerusi DUN di mana calon bebas bertanding. Begitu juga di N.54 - Hutan Melintang (Perak) serta lihat imej N.13 - Kuala Sapetang (Perak). Kenapa saya tunjuk imej ini, jawapannya ada di sini

Di N.34 - Bukit Gasing (Selangor), calon India dari DAP menang bila BN letak calon Cina serta kebetulan ada 2 lagi calon bebas Cina turut bertanding. Pengundi Cina di situ pilih siapa? {Pengundi: 34,584 Pecahan Kaum: M:13.9% C:71.1% I:12.3% L:2.7%}

Menarik bila anda lihat keputusan N.13 - Semambu (Pahang) di mana PKR menang. Cuba baca sedikit tentang calon bebas MOHD SHUKRI MOHD RAMLI.




Begitu juga di kerusi N.10 - Damak (lihat imej) di mana BN menang tipis; juga di N.24 - Luit. Jangan lupa baca sokongan Hadi kepada KOH BOON HENG, calon bebas untuk kerusi N.10 Damak. Baca juga ulasan saya dalam entri sebelum ini.

Calon-calon bebas ini tahu mereka tidak boleh menang di kawasan majoriti Cina, tetapi masih juga ada calon bebas Melayu dan India bertanding seperti di Pulau Pinang (N.17 - Bukit Tengah {Pengundi: 18,928 Pecahan Kaum: M:37.3% C:44.05% I:18.4% L:0.25%} calon bebas India, N.18 - Bukit Tambun {Pengundi: 22,514 Pecahan Kaum: M:13.91% C:67.98% I:17.9% L:0.21%} calon bebas Melayu dan India, N.24 - Kebun Bunga {Pengundi: 19,278 Pecahan Kaum: M:7.48% C:76.69% I:15.09% L:0.74%} calon bebas India, N.30 - Sungai Pinang {Pengundi: 23,501 Pecahan Kaum: M:27.74% C:57.25% I:14.78% L:0.23%} calon bebas Melayu; di Perak (N.28 - Bercham {Pengundi: 32,816 Pecahan Kaum: M:11.13% C:78.34% I:10.39% L:0.14%} calon bebas India); di Selangor (N.06 - Kuala Kubu Baharu {Pengundi: 21,186 Pecahan Kaum: M:32.91% C:42.75% I:20.93% L:0.40%} 2 calon bebas India, N.47 - Pandamaran {Pengundi: 27,594 Pecahan Kaum: M:24.6% C:59.2% I:15.3% L:0.9%} calon bebas Melayu dan India); di Negeri Sembilan (N.21 - Bukit Kepayang {Pengundi: 21,799 Pecahan Kaum: M:17.07% C:59.83% I:21.68% L:0.83%} calon
bebas India); di Johor (N.51 - Bukit Batu {Pengundi: 22,262 Pecahan Kaum: M:30.83% C:61.63% I:7.21% L:0.32%} calon bebas India). Lihat 2 contoh imej keputusan di sebelah

Manakala kerusi N.48 - Kota Alam Shah (Selangor) menyaksikan calon bebas Cina bertanding di kawasan majoriti pengundi Cina {Pengundi: 29,507 Pecahan Kaum: M:17.1% C:58.1% I:23.3% L:1.6%}untuk pecah undi kaum Cina.

Terlanjur sentuh undi kaum India, cuba lihat dua DUN di Selangor yang saya paparkan di bawah:

Apa motif calon bebas dari kaum India bertanding di kawasan majoriti pengundi Melayu? Nak pecahkan undi pengundi India?

Mengapa di kerusi
N.35 - Batu Uban (Pulau Pinang); PKR (menang) letak calon India, BN letak calon Cina; boleh ada hingga 2 calon bebas dari kaum India serta seorang calon bebas Melayu bertanding? {Pengundi: 28,649 Pecahan Kaum: M:26.88% C:58.31% I:14.16% L:0.65%}

Cubaan untuk pecah undi pengundi berlaku seperti contoh di kerusi N.33 - Port Dickson (Negeri Sembilan), N.41 - Puteri Wangsa (Johor) di mana terdapat calon bebas India turut bertanding di kerusi ditandingi calon India dari parti-parti bertanding. Begitu juga calon bebas Cina yang turut bertanding di kerusi yang ditandingi calon Cina dari parti-parti bertanding seperti di N.20 - Kota Laksamana (Melaka), N.28 – Mengkibol (Johor), N.42 - Johor Jaya (Johor)

Manakala di Sabah, daripada 60 kerusi DUN yang kita sedia maklum banyak parti-parti di sana bertanding; separuh dari kerusi-kerusi ini turut ditandingi oleh calon bebas. Malah, lebih dari seorang calon bebas bertanding di N.51 - Kunak, N.52 - Sulabayan, N.53 - Senallang, N.54 - Bugaya, N.58 - Merotai

Tadi saya tulis, strategi ini boleh makan diri. Cubaan pecah undi oleh calon bebas bertanding yang tahu mereka tidak boleh menang akan beri kemenangan atau kekalahan tipis kepada parti bertanding. Lihat imej untuk kerusi N.11 - Kiulu

Untuk lihat keputusan-keputusan yang tidak saya paparkan, boleh rujuk sini. Trend 'mudah terima calon untuk bertanding atas tiket calon bebas' jika tidak dibendung mungkin akan lebih meriah pada PRU14 nanti.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...