Saturday 9 May 2015

Ahmad Maslan Cuba Jawab Ini


Soalan mudah tu, CGPA 3.78 takkan
tak boleh jawab dengan betul

Ini saya 'copypaste' dari blog Taipingmali. Ada yang saya gelapkan supaya jadi 'hints' untuk mudah Ahmad Maslan baca, fahami dan jawab :

Terdengar bual bicara mengenai GST yang dipaneliskan oleh Timb Menteri Kewangan, Dato Ahmad Maslan yang dikaitkan dengan tidak cerdik di media maya. Saya agak sukar mempercayai mainan media ini kerana CGPA menyatakan beliau memperoleh 3.78, manakala "grading" kecerdikan pada kiraan CGPA ialah 3.5 ke atas.

Sebagai Timbalan Menteri yang terlibat secara langsung dengan GST, sepatutnya dia lebih faham dan mampu memberi faham kepada orang awam. Apabila saya sendiri mendengar penerangan yang disampaikan oleh beliau, seolah-oleh mengesahkan apa yang di"viral" dalam media maya.

Katanya, apabila GST dikenakan, harga barang pengguna akan turun kerana GST hanya 6% berbanding dengan struktur cukai lama SST sebanyak 10%. Ya, dari segi angka memang 6% lebih rendah dari 10%.

Di sini saya melihat Ahmad Maslan kurang CGPAnya. SST dikenakan 10% pada harga import atau harga pelepasan dari kilang? Sedangkan pengguna kena membayar GST pada harga akhir setelah ditambah keuntungan perniagaan dipelbagai peringkat.

SST

Contoh pengiraan SST dari kilang/pengimport sehingga kepada pengguna. Katakan harga import/pelepasan dari kilang RM100 + SST 10% = kos barang menjadi RM110.

Andaikan pengimport mengambil untung 10% + pemborong 10% + peruncit 30%. Maka harga pengguna akan menjadi (kos RM100 + SST RM10) + (RM11 10%pengimport) + (RM 12. 10/= 10% pemborong ) + (RM39.93/= 30% peruncit) = RM173.03

Harga pengguna termasuk SST adalah RM173.03

GST


GST adalah cukai ke atas barang dan perkhidmatan sebanyak 6% yang perlu dibayar mengikut harga akhir sebelum sampai kepada pengguna. (GST dibayar mengikut peringkat transaksi perniagaan)

Contoh harga import/pelepasan dari kilang RM100 + GST 6% = RM106. Katakan kadar keuntungan yang sama seperti SST di atas di mana pengimport 10% + pemborong 10% + peruncit 30%,
maka harga pengguna akhir akan menjadi berdasarkan kiraan di bawah.

Harga kos RM106 + (10% pengimport RM10.60 + GST RM6.70) + (10% pemborong RM16.15 + GST RM8.37) + (30% peruncit RM44.35 + GST RM11.53)= RM200.07.

Harga pengguna termasuk GST adalah RM200.07


(Nota pengiraan ini dianggap GST dikira sebagai kos oleh peniaga disemua peringkat transaksi perniagaan dengan tidak ditolak rebate 6% yang boleh dituntut semula oleh peniaga)

Bandingkan harga pengguna untuk barang yang sama dengan kadar keuntungan yang sama oleh peniaga di peringkat import + pembong + peruncit pada harga kos RM100.

SST = (Kos + keuntungan peniaga + SST) HARGA RAKYAT RM173.03

GST = (Kos + keuntungan peniaga + GST) = HARGA RAKYAT RM200.07


Bagaimana Ahmad Maslan boleh mengatakan pelaksanaan GST menjadikan harga barang lebih murah? Kalau UMNO/BN dan menteri yang memiliki CGPA 3.5 ke atas sepatutnya memulakan GST dengan kadar 0% ke atas semua barangan dan perkhidmatan.

Setelah dibuat kajian mendalam, maka GST secara satu persatu dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan mewah yang digunakan oleh rakyat yang berpendapatan tinggi.

Kerajaan yang cekap sewajibnya menjana pendapatan untuk meringankan Rakyat, bukannya membebankan rakyat dengan salah urus pihak kerajaan selama ini. Dasar UMNO/BN dilihat membebankan rakyat untuk "menghadiahkan" kekayaan percuma buat pemimpin mereka.

Fikir-fikirkanlah,

* Catatan selepas Subuh, berasaskan ilmu semasa bertugas di Jabatan Kastam

Terus Beristiqamah,

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

Jumaat 1 Mei 2015
14 Rejab 1436

Apakah Selepas Ini Syarikat Insurans Pula?


Sekadar bertanya takkan tak boleh

Beberapa agensi kerajaan telah dikerah. Perbendaharaan bekukan beberapa aktiviti berkaitan gaji. LHDN korek semula akaun pembayar cukai.

Paling cepat ialah melalui Kastam dan kesannya kerajaan berjaya kutip RM922 juta hanya dalam tempoh 22 hari pertama pelaksanaan GST. Itu belum termasuk kutipan GST daripada 373,668 syarikat berdaftar. Sumber terbesar dan terpantas hingga Ahmad Maslan kata tak mungkin akan mansuh GST.

PDRM pun telah maklumkan tarikh akhir bayaran saman 15 Mei 2015 terutama saman berwaran.

Ada juga cubaan untuk guna wang beberapa badan pemegang amanah awam tapi tak semua berjaya. Bayangkan jika KWSP berjaya lewatkan pengeluaran pencarum ke umur 60 tahun; lambakan wang tersedia.

Tetapi sebaliknya berlaku terhadap Tabung Haji yang berjaya dikeluarkan sebanyak RM188.5 juta.

Mungkin akan keluar pula cerita KWAP, AmanahRaya selepas ini.

Friday 8 May 2015

Tahniah Kerana Berjaya


Dipalit isu GST, 1MDB, peribadi
dan lain-lain pun saya masih boleh
kekalkan 40%. Power tak?

Tahniah kerana BN berjaya mengekalkan kekalahan dengan 40% undi (atau lebih tepat 40.44%)

21,475 undi melambangkan 100% ahli UMNO (bila difaham ahli UMNO di situ berjumlah 15,000 atau 20.7%) mengundi BN campur undi parti komponen berjumlah 6,475 (19.74%).

Manakala mereka yang boikot mengundi lebih besar dari peratusan ahli UMNO. Lebih 26%

Rumusannya, kesemua ahli UMNO dan ahli parti komponen BN bersetuju dengan pucuk pimpinan Najib; dan menerima segala tindak tanduk terkini kerajaan.

Contoh penerimaan seperti bersetuju dengan aktiviti 1MDB buat pinjaman 42 Billion (dengarnya dah naik jadi 49 Billion) belanja lebih 15 Billion dan selebihnya tidak dapat diperjelaskan ke mana.

Contoh penerimaan lain seperti menerima pakai GST walaupun ada yang tak layak bayar cukai (dan dapat wang zakat). Mereka juga bersetuju dengan jumlah jualan peniaga yang jatuh merudum setelah hampir 50 hari GST dilaksanakan walaupun tujuan asal kerajaan untuk menjana dan merancakkan ekonomi.

Mereka juga bersetuju nampaknya wang simpanan mereka di Tabung Haji diguna pakai untuk beli sebahagian aset IMDB dengan harga yang mengarut walaupun tujuan asal menabung di Tabung Haji untuk kegunaan mereka menunaikan haji.

Rumusan seterusnya: 59.56% pengundi TIDAK BERSETUJU manakala dari lebih 1/4 daripada jumlah pengundi berdaftar yang protes juga seperti TIDAK BERSETUJU.

Apa-apa pun, tahniah sekali lagi untuk PM Najib.


Monday 4 May 2015

Cabaran


Perlu 19.3% untuk kekal 40% kalah

Kita difahamkan sekitar 15,000 ahli UMNO di Permatang Pauh.

Mengikut Daftar Pemilih Suku Kedua 2014 yang berakhir 30 Jun 2013 pula, pemilih berdaftar di Permatang Pauh seramai 72,496. Maka ahli UMNO adalah 20.7%.

Untuk kekalkan kekalahan 40% BN perlu sokongan 100% pengundi UMNO ini serta 19.3% dari parti komponen dan pengundi bukan UMNO. Dan perlukan 11% lagi untuk menang. Dalam erti kata lain, BN perlu dapat 14,000 undi lagi untuk kekal kalah pada 40% dan perlu tarik lagi 8,000 undi untuk menang mudah. Praktikalnya pula BN perlu 37,000 undi untuk menang di sana (Andaian calon lain kalah wang pertaruhan; 100% turun mengundi dan tiada undi rosak)

Secara amnya 60% tidak undi BN bila kita lihat rekod 3 pilihanraya terakhir di situ. Pada PRU 12 (2008); PKR peroleh lebih 60%; PRK 26.8.2008 peroleh 66%; manakala 59% pada PRU 13 (5.5.2013) tanpa isu besar melibatkan kerajaan.

Persoalannya; tanpa isu besar BN masih gagal tarik lebih 40% undi. Adakah sepanjang 2 tahun ini dengan dipalit pelbagai isu terhadap tindak tanduk kerajaan; akan berjaya melebarkan peratusan tersebut?

Sembang bagus nak ujudkan banyak peluang kerja. Terkini contoh terbaik - belum apa-apa lagi peluang pekerjaan dalam sektor kerajaan sendiri sudah tertutup.

Jika kita mensasarkan 'memang akan kalah di P044 tetapi dengan majoriti lebih besar', maka satu cabaran buat BN terutama PM Najib – bila undi diperoleh kurang dari 20% bermakna ahli UMNO juga menolak BN...

Friday 1 May 2015

Sekadar Cadangan


Bukan bermaksud nak mengajar, awakkan menteri
Amacam?

Tapi jika ini lebih rasional; buatlah kajian. Begini:

a. 1.1.2015 hingga 31.3.2015 – Ada peniaga kekalkan harga, ada yang sudah naikkan harga

b. 1.4.2015 – Pelaksanaan GST, majoriti harga naik kerana penambahan 6% GST. Rata-rata rakyat bising dan luahkan rasa tak puas hati

Boleh tak begini:

1. 1.4.2015 – Kuatkuasakan harga pada 31.12.2014 (kerana 1.1.2015 hingga 31.3.2015 ada yang gila naikkan harga)

2. 1.4.2015 – 30.4.2015 – tempoh bertenang. Maknanya kuatkuasakan harga baru tanpa SST. Maka harga akan kekal dan ada yang murah sehingga 10% (SST sekitar 0% ke 10%)

3. 1.5.2015 – kuatkuasakan GST. Harga barang akan naik cuma 6%. Barulah rakyat nampak GST ni tidak membebankan

Kesannya:

1. Kastam tiada hasil kutipan cukai (SST) daripada peniaga sedia ada untuk sebulan (sepanjang 1.4.2015 hingga 30.4.2015) kerana tempoh bertenang tersebut

2. Kastam dapat lebih kutipan cukai (GST) daripada peniaga sedia ada DAN peniaga yang dimestikan mendaftar untuk GST (belum termasuk peniaga degil dan denda lagi) bermula 1.5.2015. Ini dapat tamping semula SST yang tidak dapat dikutip sepanjang April 2015.

3. Rakyat nampak perjalanan pemansuhan SST kepada GST yang dengan jelas tidak membebankan. (Awalnya Jualan + 0% hingga 10%; selepas itu Jualan - 0% hingga 10%; dan akhirnya jualan + 6% sahaja)

Sekarang segala mekanisma sudah ada dan tersedia. Peniaga sudah ada sistem untuk GST. Ok kita anjakkan tarikh yang saya sebutkan di atas, bagaimana, bolehkan?

Kita hanya perlu:

1. Kuatkuasakan harga jualan peniaga sewaktu 31.12.2014 bermula 1.6.2015 (Ini bermakna harga jualan + 0% hingga 10% SST).

2. Tempoh bertenang bermula 1.7.2015 hingga 31.7.2015 (Harga jualan tanpa SST sepanjang bulan Julai 2015)

3. Kuatkuasakan harga jualan peniaga berdasar harga bulan Julai 2015 + GST 6% bermula 1.8.2015

Amacam? Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...