Thursday 15 November 2012

Rosmah – Impak Maksima?


Bila dah banyak blog pro-pembangkang buat artikel tentang Rosmah, makin popularlah dia berbanding isteri pemimpin pembangkang sendiri. Secara tak langsung populariti Datuk Seri Najib Razak turut meningkat.

Terkini tentang tarian di satu majlis yang bukannya isu pun sebenarnya.

Menggunakan isteri melalui publisiti besar-besaran yang dibuat oleh pihak lawan bertujuan jatuhkan pemimpin hanyalah satu bonus kepada Rosmah yang memang sudah popular. Pada fikiran saya, apa yang dilakukan pihak pro-pembangkang sebenarnya beri lebihan kredit kepada Datuk Seri Najib.

Mari kita lihat isteri pemimpin utama parti-parti di Malaysia.

Kita ada 4 parti besar; Barisan Nasional (gabungan sah) serta PKR, PAS dan DAP. Maaf saya tidak masukkan Pakatan Rakyat kerana 3 parti ini tidak jadikan Pakatan Rakyat sebagai satu gabungan sah atas nama 'satu parti'.


Ini bukan isteri, beliaulah
Presiden timbul tenggelam...

Isteri Pengerusi (dalam DAP tidak dipanggil Presiden) - Gurmit Kaur


Dua isteri Presiden PAS - Hajjah

Zainab Awang dan Dr. Norzita Taat

Secara reverse-psikology, blogger pro-kerajaan tidak tolong pemimpin pembangkang melalui isteri mereka. Jadi, tahniah buat blogger pro-pembangkang kerana tolong popularkan Datuk Seri Najib melalui isteri.

Kita lihat pula isteri penasihat parti:


Isteri penasihat BN - tiada...

Isteri Penasihat PKR - Ehhh... dia juga



Isteri Penasihat DAP? Yang
mana satu? Misteri...

Isteri Mursyidul Am PAS - Datin
Tuan Sabariah Tuan Ishak

Saja saya letak Mursyidul Am antara penasihat setelah fungsi sebenar beliau dah bercelaru...

Kita nak pilih pemimpin Negara atau nak pilih Isteri pemimpin Negara?

Monday 12 November 2012

Antara Protokol dan Budi Bicara


Di saat parlimen bakal dibubar bila-bila masa dan rakyat bakal memilih yang terbaik untuk Malaysia, adalah lebih baik jika budi bicara diguna mengatasi protokol. Apatah lagi jika di dalam sesuatu majlis yang libatkan individu yang dirai.

Banyak contoh budi bicara diguna pakai walaupun dalam buku termaktub 'begitu' atau 'begini'. Contoh terbaik adalah saman. Bila sampai waktu budi bicara, potongan harga akan diberi. Kelulusan pinjaman juga banyak dipengaruhi oleh budi bicara pembuat keputusan walaupun mengikut sistem (protokol); bakal peminjam sebenarnya tidak layak.

Kita faham bila berstatus isteri pemimpin nombor satu Malaysia, banyak permintaan untuk jadi penaung itu, penaung ini; jemputan ke majlis itu, ke majlis ini. Segala pergerakan diperhati rakyat. Begitu juga dengan mereka yang benci dan akan ambil kesempatan atas tindakan yang dianggap tidak bersesuaian dengan sesuatu majlis.

Pesanan buat Rosmah Mansur; cuba kurangkan aktiviti ‘menonjolkan diri anda’ setidak-tidaknya untuk 5 bulan terakhir ini...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...