Thursday 30 May 2013

Belajarlah Dari Hadi Awang


3 DUN Terengganu cukuplah

atau begini: PAS pegang satu, DAP pegang satu. Kesian pula PKR, ambillah satu. Jangan tamak, dengar cakap saya - Hadi Awang

Masih lagi dengan ulasan PRU13. Kita fokus 2 negeri:
Anwar jangan fikir dia dah bagus sangat buat demo sana sini. Apa, ada kaitankah dengan bersepahnya calon-calon bebas untuk pecahkan undi? Hadi Awang tak perlu buat itu semua. Selangor pun bagi ke PKR sebab kesian. Lihat bagaimana Hadi atur Kota Damansara hingga PKR duduk tangga terbawah Pakatan. Pengikut dan penyokong PAS tetap support.

Letak satu di Johor, satu di Pulau Pinang. Taklah ketara sangat

Hadi guna semangat kerjasama, jadi BN tak ganggu dia. Sebab itu dia malas nak jawab persoalan-persoalan dari Cipan, Tapir & Tenuk (C++).

Kepada BN khususnya UMNO yang mana masing-masing berjaya tewaskan diri sendiri sebagai calon, pergi belajar dari Hadi Awang. Saya pinjam ayat bhai C++: Ader paham ka....????


Thursday 9 May 2013

Anwar Tak Boleh Terima, Mereka Terima

Mungkin tak berapa betul tajuk yang saya pilih di atas. Tapi itulah hakikat. Masih tak percaya? Tengok bawah:
Majlis angkat sumpah Ketua Menteri Pulau Pinang juga dihadiri 39 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dipilih pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Datuk Ahmad Yakob telah selamat mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan. Hahaha kesian Husam Musa.

Manakala di Selangor, Pakatan Pembangkang pun terima keputusan PRU13 cuma masih tak sepakat tentukan calon sesuai sebagai Menteri Besar. Mari baca apa kata antara orang kuat Pakatan:

Kesimpulannya, ketiga-tiga negeri yang Pakatan Rakyat menang, mereka semua boleh terima keputusan. Itulah kesepakatan Pakatan Rakyat walau tiada sorangpun wakil dari PAS jadi EXCO di Pulau Pinang.

Jadi, apa masalah bang Nuar?
"Aku tetap nak jawatan Perdana Menteri. Kira semula undi, mula dengan Permatang Pauh. Aku tak berani buat repot polis. Boleh siapa-siapa tolong buat, 'please' lorrr..."


Wednesday 8 May 2013

60.40 Peratus Tidak Undi BN


Bersepah di JB. MBJB pun tak kisah...

Untuk ulasan ini, saya fokus kepada kerusi Parlimen.

Keputusan PRU13 tunjukkan 5,263,083 mengundi BN manakala 5,791,494 undi selain dari BN. 202,570 undi ditolak serta tidak dikembalikan. Ini beri jumlah 11,257,147 undi atau 84.70% peratusan mengundi. Apa yang boleh saya rumuskan:

a) BN hanya menang mudah walaupun atas kertas dapat 39.60% undi dari jumlah pengundi berdaftar; pihak lawan pula tewas tetapi dapat 43.60% undi. Dalam erti kata lain: 60.40% pengundi berdaftar tidak undi BN. Ini termasuklah mereka yang undi parti lawan (43.60%); 1.55% undi protes (melalui undi ditolak serta tidak kembalikan kertas undi); serta 15.25% langsung tidak keluar mengundi.

b) Peratusan jumlah pemilih berdaftar semakin meningkat (terakhir ialah 21.69%) dan jika kita ambil jumlah sama untuk PRU14, pemilih berdaftar mungkin jadi 16,174,286. Jika tiada penambahbaikan dari BN seterusnya beri peratusan yang sama 60.40% itu; besar kemungkinan di atas kertas undi nanti mereka yang tolak BN pada PRU14 berjumlah 9,769,268.

c) Dari 222 kerusi Parlimen, hanya 9 kerusi selamat BN:
P.156 KOTA TINGGI
P.157 PENGERANG
P.189 SEMPORNA
P.193 SANTUBONG
P.197 KOTA SAMARAHAN
P.200 BATANG SADONG
P.206 TANJONG MANIS
P.207 IGAN
P.215 KAPIT

d) BN bernasib baik untuk 5 kerusi di bawah kerana berlaku pecah undi:
P.168 KOTA MARUDU 15,168 (BN) 16,998 (lain-lain)
P.180 KENINGAU 15,818 (BN) 19,725 (lain-lain)
P.181 TENOM 9,771 (BN) 10,523 (lain-lain)
P.182 PENSIANGAN 9,467 (BN) 11,429 (lain-lain)
P.192 MAS GADING 8,265 (BN) 11,864 (lain-lain)

e) Komposisi pemilih tunjukkan pengundi Cina berjumlah 3,909,285 atau 29.41% dari jumlah 13,291,385 pengundi berdaftar. Tidak masuk akal jika jumlah ini pergi ke parti lain. Takkanlah hanya 1,882,209 pengundi Melayu, India dan lain-lain yang mengundi selain dari BN?. Oleh itu, berhati-hatilah para penyokong BN bila buat sebarang ulasan di blog, facebook, twitter, youtube, atau di mana-mana sahaja yang boleh timbulkan prasangka tidak baik.

f) Secara umum, dalam bahasa mudah 60.40% pengundi berdaftar yang tidak undi BN itu tidak terima idea Gagasan 1 Malaysia. Najib dan pasukan kena fikir yang ini. Sekadar luahan hati saya DI SINI, DI SINI, DI SINI dan DI SINI.

g) Pemimpin perlu berhati-hati buat kenyataan kerana P.089 BENTONG menyaksikan hanya 380 undi nyaris memisahkan telinga Adnan Yaakob seterusnya mudahkan kerja pasukan penyelamat yang tidak perlu berkampung sekitar Sungai Pahang setelah beliau tarik balik kenyataan.

Setakat ini dulu nampaknya.

Monday 6 May 2013

Tahniah Sekali Lagi


Tahniah sekali lagi kepada kita semua yang telah memberi undi serta BANTU BERI UNDI 'Ini Kalilah!' kepada PR yang dikuasai DAP. Jelas Cina bersatu untuk kuatkan survivality kaum mereka, Melayu asyik bergaduh berpecah sesama sendiri. Jika Chua Soi Lek masih diterima BN; apa sangatlah dengan moral, integriti dan kredibiliti calon PAS dan PKR yang tetap diterima dan menang.

Undi PRU13 bukan lagi undi protes seperti PRU sebelumnya. Tetapi kenapa BN hanya menang mudah 133 kerusi? Sekarang sudah nampak, kan?

Cybertroopers BN belajarlah tukar cara, pendekatan dan gaya persembahan. Terimalah konsep 'politik baru'. Usah syok sendiri hingga pembaca yang mula-mula suka jadi benci; usah terlalu 'fabricated' dan yang penting usah pasang jerangkap samar untuk hancurkan pasukan. Sekitar jam sepuluh malam tadi semua senyap. Sunyi sepi. Hanya RBF ada sedikit telur membetulkan maklumat awal dalam blog beliau selepas pukul dua belas (Jangan melenting, takkan tak boleh terima teguran)

Lihat keputusan terakhir; hinggakan Buasir Otak pun sudah malas nak kemas kini:
Komponen PR
PKR
PAS
DAP

Kerusi
Bertanding

97
73
52 (+ Teresa Kok)

Kerusi diMenangi
30
21
38

% Kemenangan
31 %
29 %
73 %


Bijaknya DAP hanya pertaruh 51 kerusi campur satu lagi oleh Teresa Kok tetapi boleh menang 38 atau 73%, BN pun tak sampai 60%. Malah di beberapa negeri, kedudukan DAP semakin kukuh.

BN kehilangan agak ramai wakil berwibawa di Parlimen. Lihat siapa mendominasi kerusi pembangkang di Parlimen. Adakah suara PAS dan PKR akan jadi suara pakatan di Parlimen nanti?

Sunday 5 May 2013

Tahniah

Tahniah saya ucap kepada yang telah diisytihar pemenang sama ada Parlimen atau DUN pada PRU13. Tahniah dan terima kasih juga kepada rakyat Malaysia yang layak, turun mengundi, berjaya tunaikan tanggungjawab memilih untuk mengundi dan menjalankan pemilihan melalui amalan demokrasi. Tak lupa kepada semua yang bantu kempen bagi memenangkan calon-calon (semua parti yang terlibat, saya tak pilih bulu)

Di sini kita lihat semua parti, semua pihak terima amalan ini walau keputusan yang tidak memihak memang tidak disenangi dan tidak dapat diterima.

Saya minta kepada penyokong parti tak kira pemerintah atau pembangkang melalui cybertroopers mereka agar tidak panjangkan isu kenapa sipolan ini kalah, kenapa sipolan itu tewas - selepas ini. Ingatlah, kita telah berusaha sedaya upaya, sebaik mungkin untuk bersama-sama memenangkan calon masing-masing. Jangan pula selepas ini akan ada cakap-cakap belakang yang tindakan pemimpin tertentu meletakkan calon ini di sini memang untuk jatuhkan beliau, meletakkan calon itu di situ bertujuan untuk kuburkan karier poitik beliau, dan apa-apa saja cakap-cakap negatif selepas PRU13.

Kami di belakang tabir juga bekerja keras untuk memenangkan calon yang dipilih untuk bertanding. Jika mereka tewas, terima hakikat kekalahan. Buat post-mortem dan tunggu PRU seterusnya demi menambah baik kelemahan sendiri.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...