Saturday 9 May 2015

Ahmad Maslan Cuba Jawab Ini


Soalan mudah tu, CGPA 3.78 takkan
tak boleh jawab dengan betul

Ini saya 'copypaste' dari blog Taipingmali. Ada yang saya gelapkan supaya jadi 'hints' untuk mudah Ahmad Maslan baca, fahami dan jawab :

Terdengar bual bicara mengenai GST yang dipaneliskan oleh Timb Menteri Kewangan, Dato Ahmad Maslan yang dikaitkan dengan tidak cerdik di media maya. Saya agak sukar mempercayai mainan media ini kerana CGPA menyatakan beliau memperoleh 3.78, manakala "grading" kecerdikan pada kiraan CGPA ialah 3.5 ke atas.

Sebagai Timbalan Menteri yang terlibat secara langsung dengan GST, sepatutnya dia lebih faham dan mampu memberi faham kepada orang awam. Apabila saya sendiri mendengar penerangan yang disampaikan oleh beliau, seolah-oleh mengesahkan apa yang di"viral" dalam media maya.

Katanya, apabila GST dikenakan, harga barang pengguna akan turun kerana GST hanya 6% berbanding dengan struktur cukai lama SST sebanyak 10%. Ya, dari segi angka memang 6% lebih rendah dari 10%.

Di sini saya melihat Ahmad Maslan kurang CGPAnya. SST dikenakan 10% pada harga import atau harga pelepasan dari kilang? Sedangkan pengguna kena membayar GST pada harga akhir setelah ditambah keuntungan perniagaan dipelbagai peringkat.

SST

Contoh pengiraan SST dari kilang/pengimport sehingga kepada pengguna. Katakan harga import/pelepasan dari kilang RM100 + SST 10% = kos barang menjadi RM110.

Andaikan pengimport mengambil untung 10% + pemborong 10% + peruncit 30%. Maka harga pengguna akan menjadi (kos RM100 + SST RM10) + (RM11 10%pengimport) + (RM 12. 10/= 10% pemborong ) + (RM39.93/= 30% peruncit) = RM173.03

Harga pengguna termasuk SST adalah RM173.03

GST


GST adalah cukai ke atas barang dan perkhidmatan sebanyak 6% yang perlu dibayar mengikut harga akhir sebelum sampai kepada pengguna. (GST dibayar mengikut peringkat transaksi perniagaan)

Contoh harga import/pelepasan dari kilang RM100 + GST 6% = RM106. Katakan kadar keuntungan yang sama seperti SST di atas di mana pengimport 10% + pemborong 10% + peruncit 30%,
maka harga pengguna akhir akan menjadi berdasarkan kiraan di bawah.

Harga kos RM106 + (10% pengimport RM10.60 + GST RM6.70) + (10% pemborong RM16.15 + GST RM8.37) + (30% peruncit RM44.35 + GST RM11.53)= RM200.07.

Harga pengguna termasuk GST adalah RM200.07


(Nota pengiraan ini dianggap GST dikira sebagai kos oleh peniaga disemua peringkat transaksi perniagaan dengan tidak ditolak rebate 6% yang boleh dituntut semula oleh peniaga)

Bandingkan harga pengguna untuk barang yang sama dengan kadar keuntungan yang sama oleh peniaga di peringkat import + pembong + peruncit pada harga kos RM100.

SST = (Kos + keuntungan peniaga + SST) HARGA RAKYAT RM173.03

GST = (Kos + keuntungan peniaga + GST) = HARGA RAKYAT RM200.07


Bagaimana Ahmad Maslan boleh mengatakan pelaksanaan GST menjadikan harga barang lebih murah? Kalau UMNO/BN dan menteri yang memiliki CGPA 3.5 ke atas sepatutnya memulakan GST dengan kadar 0% ke atas semua barangan dan perkhidmatan.

Setelah dibuat kajian mendalam, maka GST secara satu persatu dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan mewah yang digunakan oleh rakyat yang berpendapatan tinggi.

Kerajaan yang cekap sewajibnya menjana pendapatan untuk meringankan Rakyat, bukannya membebankan rakyat dengan salah urus pihak kerajaan selama ini. Dasar UMNO/BN dilihat membebankan rakyat untuk "menghadiahkan" kekayaan percuma buat pemimpin mereka.

Fikir-fikirkanlah,

* Catatan selepas Subuh, berasaskan ilmu semasa bertugas di Jabatan Kastam

Terus Beristiqamah,

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

Jumaat 1 Mei 2015
14 Rejab 1436

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...