Monday 30 September 2013

Sampai Bila??? Sudah-sudahlah


Menarik...

Lama saya tak menulis. Membaca saja sambil ikuti perkembangan semasa.

Saya pernah tulis tentang Bingung, Bengong, Bangang. Ingatkan terjadi pada PRU 13 sahaja, rupanya lebih hebat menuju Pemilihan UMNO 2013. Saya cadangkan buatlah beberapa pindaan kepada ayat dalam perlembagaan parti jika perlu selepas ini. Yang ada sekarang ini mungkin belum cukup jelas kepada ahli.

Banyak artikel daripada penulis media cyber pro UMNO sendiri beri peluru hidup kepada musuh. Kalau dah ayat dalam perlembagaan susah difahami bagaimana boleh jadi penulis media cyber? Contohnya:

"...ahli-ahli UMNO yang ingin menawarkan diri untuk bertanding hanya perlu memenuhi kelayakan minima iaitu untuk ahli-ahli Majlis Tertinggi hendaklah sekurang-kurangnya telah menjadi Ahli MT (MT) atau Ahli Jawatankuasa Bahagian (AJK) selama satu (1) penggal."

Mudah saja rasanya ayat di atas. Saya gelapkan yang penting untuk mudah difahami.

Contoh mudah lain: Saya ke tingkat 10 untuk satu tugas. Saya naik lif tekan butang terus sampai tingkat 10. Saya juga boleh naik tangga dari satu tingkat ke satu tingkat untuk sampai ke tingkat 10. Setiap tingkat yang saya lalui saya jumpa bermacam-macam orang.

Naik lif dan naik tangga - kedua-duanya akan sampai ke tingkat 10. Tapi saya tak pernah sampai tingkat 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9 dan bertemu dengan mereka di tingkat-tingkat tersebut jika saya naik lif.

Ayat 'telah menjadi' dalam pindaan perlembagaan itu juga bermaksud 'pernah'. Pernah ke? Tak pernah? Haiii.....


3 comments:

  1. Sekurang2nya bermaksud paling kurang.klu pernah pegang jawatan lagi tinggi lagi layak. DAP=duduk atas pagar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak juga. Sekurang2nya apa?

      'Sekurang2nya telah menjadi' = pernah jadi; 'Sekurang2nya berketinggian' = pernah capai ketinggian; 'Sekurang-kurang2nya telah menjadi Ahli MT' = pernah jadi Ahli MT. 'Sekurang2nya telah menjadi Ahli Jawatankuasa Bahagian (AJK)' = pernah jadi Ahli Jawatankuasa Bahagian (AJK)

      Teringat dulu syarat nak jadi guru - perlu ada diploma pendidikan (sekurang-kurangnya pegang diploma pendidikan). Mereka yang ada ijazah, master tetap kena buat diploma pendidikan jika rekod pelajaran masih belum ada diploma pendidikan.

      Ada bezanya...

      Delete
    2. Betul tu.

      Anon 23.08 tulis Sekurang2nya bermaksud paling kurang
      Anon 12.00 tulis 'Sekurang2nya telah menjadi' = pernah jadi

      Kalau gabungkan: Paling kurang pernah jadi. Maknanya memang kena jadi dulu tak boleh skip punya. Kalau yang paling kurang pun tak pernah jadi, kena patah balik bagi jadi dulu lettew

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...