Thursday 19 July 2012

Tak Tahu, Tak Mahu Ambil Tahu, Atau Buat-buat Tak Tahu?

Bila Menteri Besar tak tahu tentang urusniaga yang dia sendiri jadi bossnya...

Dalam tempoh tidak sampai dua minggu dua Menteri Besar beri kenyataan tak tahu akan apa yang berlaku di bawah Perbadanan Negeri masing-masing.

Agak pelik bila Menteri Besar sebagai ketua negeri dan ketua Perbadanan Negeri yang diperintahnya boleh kata tak tahu apatah lagi urusniaga melibatkan jumlah wang ringgit yang besar. Biasanya keputusan untuk berurusniaga akan dibawa ke dalam mesyuarat, diluluskan baru boleh buat urusniaga.

Jika Menteri Besar sibuk sangat, beliau akan dimaklumkan tentang keputusan untuk buat satu-satu urusniaga oleh pegawai khas atau setiausaha. Jika tidakpun, Ketua Perbadanan akan maklumkan juga.

Terbaru Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang menyatakan pembelian saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) tanpa pengetahuan beliau. SINI. Apatah lagi isu FGVH juga dimainkan oleh PAS.

Sebelum ini Menteri Besar Kelantan Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat mengaku tidak tahu berhubung masalah dalam Kelantan Golden Trade Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Baca SINI.
Ini telah berlaku agak lama hingga sekarang.

Bila keputusan dibuat di luar pengetahuan (atau lebih sedap lagi membelakangkan) Menteri Besar yang jadi ketua sesebuah negeri; kita boleh kata berlaku penyelewengan kerana Menteri Besar tidak dimaklumkan. Boleh juga kita kata Menteri Besar hanya boneka.

Kerajaan Negeri memang kena ambil tindakan agar rakyat tidak jadikan isu. Jika tiada tindakan, tak payah jadi Menteri Besar.

Kita tunggu juga bila agaknya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim akan kata tak tahu sumber air yang rakyat Selangor perlu itu adalah dari ‘Air Terawat dan kos amat tinggi jika guna air empangan’. Mungkin dia akan berkata begitu bila keseluruhan 33 loji rawatan di seluruh Selangor sudah benar-benar tidak boleh beroperasi lagi...

2 comments:

  1. Bhai...

    Kerja merawat air nih kerja Syabas... kalo Syabas tak pandai nak handle kerja nih... Kerajaan Selangor boleh bukak tender untuk pass kerja tue kat orang lain yang pandai...

    Takkan terus nak bagi kerja kat orang yang tak pandai...

    Hahaha....

    Azizan Razak tue lembab skit... ego nak mampus... Nik Aziz plak... hehehe... mmm... banyak orang tipu dier masa dalam meeting... hahaha... tak caya.. cuba tanya set-set kelate yang mu kenal.... hahaha

    ReplyDelete
  2. C++,
    bila Khalid nak buka tender? Takut dia kata 'tak tahu' beratlah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...