Wednesday, 11 July 2012
Apabila Mazidul pesan HEBAHKAN, apa yang kita semua harap akan berlaku?
Membaca artikel-artikel Mazidul Akmal Sidik memang menarik.
Melaluinya pembaca dapat pergi lebih lama ke pautan-pautan yang diberi sambil meninggalkan laman blognya buat satu jangkamasa yang agak lama - antara strategi terbaik untuk dapat dan kekalkan trafik serta pastikan iklan dipasang menghasilkan wang.
Apa Mazidul harapkan?
Apa pembaca yang memang suka kepada pautan-pautan tersebut harapkan?
Apa pembaca yang tidak suka dengan kegiatan-kegiatan tak bermoral yang didedahkan itu harapkan?
Saya ambil contoh artikel yang dipos pada hari Rabu lepas, 4 Julai 2012 jam 10.50 petang.
Tidak cukup hebahan? Mazidul tidak cukup popular? Pihak Polis mesti tunggu laporan rasmi? SKMM tak ambil peduli? Atau dalang di balik tabir cukup kebal?
Kerana sehingga entri ini dipos, pautan-pautan yang diberi serta nombor-nombor tersebut masih aktif. Walaupun entri pautan terakhir sudah dipadam, pautan lain masih boleh dibuka melalui profil pemilik blog.
Jika Mazidul percaya kepada SKMM, percaya kepada pihak polis, percaya kepada SPRM; buatlah laporan rasmi. Tidak perlu jadi pengantara dan jadikan blog sebagai medium. Dengan berikan pautan, adakah Mazidul jadi penggalak?
Saya lihat banyak juga entri beliau seperti bantu mempromosi aktiviti-aktiviti tidak sihat ini. Ada pemimpin dan kumpulan di Malaysia yang suka.
Jika Mazidul serta peminat beliau terbaca artikel ini, fikirlah dahulu ya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment