Aku terbaca blog yang tepat, muttakhir, berwibawa dan tekejut juga kerana seperti pernah baca berita ini tahun lepas.
Bila buat google search tentang tajuk JAMBATAN TERCANGGIH SELEPAS 54 TAHUN UMNO/BN MEMERINTAH; baanyak sekali pos yang telah dibuat.
Sebetulnya, berita untuk gambar sebenar di sini yang bertarikh 14/6/2010. Manakala gambar untuk berita sebenar pula di sini bertarikh 09/10/2011.
Jadi bila berita itu tidak betul; jadilah dua kelompok.
Kelompok pertama ialah mereka yang telah pos dan kemudian padam entri tersebut dengan muka tak malu antaranya Debik Karmic (yang kata dia suka bersikap realis); Pen Buruk Online; Kembara Jr dan tak lupa Harakah. Tak padam pun tak apa, tapi boleh tulis ralat atas kesilapan maklumat.
Kelompok kedua pula ialah mereka yang berani mati kerana dengan rasa tak malu biarkan saja artikel itu tanpa buat apa-apa ralat. Setakat entri ini dipos; selain dari blog yang tepat, muttakhir, berwibawa seperti di atas tadi - masih ada beberapa blog yang masih biarkan entri tersebut seperti blog yang sarat dengan permohonan tajaan dan sumbangan serta blog yang berjihad dengan mengucapkan kebenaran di hadapan penguasa zalim
Sebenarnya, selepas tengah malam tadi ada seorang yang sangat mengantuk telah pos gambar dan cerita pasal jambatan usang yang tak benar ini. Sini. Pos berbentuk fitnah ini pula telah dikongsi oleh lebih 50 orang di facebook.
Diorang ni, janji ada berita – tak perlu fikir, tak perlu selidik, janji ada bahan, pos saja...
Update: Selepas terima satu komen dari Anon pukul 5.35 petang semalam (27.07.2012), blog yang berjihad dengan mengucapkan kebenaran di hadapan penguasa zalim telah mengemaskini entri beliau - nasib baik saya bukan jenis 'copy paste' entri orang :)
Hahah. Nik Ajis & Anuwar kena tengok ni, ada parasit jugak dalam PR hahahahah
ReplyDelete