Melayu atas pagar tidak bermaksud pengundi atas pagar
Pemikiran setiap individu adalah berbeza. Bila diterjemahkan dalam penulisan blog, ada yang boleh terima dan ada yang tidak boleh terima.
Jika kita lihat blogger pro-kerajaan, masing-masing punyai cara dan corak pemikiran tersendiri. Ada yang ambil pendekatan menghentam pemimpin tertentu yang dianggap "duri dalam daging"; ada yang hentam projek yang dijalankan kerana "nasihat yang dilihat tidak membantu pemimpin dan kerajaan". Ada juga yang belasah semua - pemimpin, penasihat dan projek.
Tetapi amat kurang yang berani menegur "dari dalam". Ramai yang makan gaji, tak kurang juga yang malas tapi nak juga berblogging tiap masa.
Selalunya pula, pandangan kritis ini dipandang serong dan muncullah ayat-ayat cacian, berkepentingan peribadi, dan tak kurang juga dituduh mendapat habuan dari pihak tertentu.
Apapun pada saya tujuan mereka hanya satu. Memastikan yang terbaik buat kerajaan apatah lagi dengan pilihanraya umum yang semakin hampir - tidak mungkin melangkaui 6 bulan dari sekarang.
Buat kita semua, fikir-fikirkanlah...
No comments:
Post a Comment