Monday, 12 November 2012
Antara Protokol dan Budi Bicara
Di saat parlimen bakal dibubar bila-bila masa dan rakyat bakal memilih yang terbaik untuk Malaysia, adalah lebih baik jika budi bicara diguna mengatasi protokol. Apatah lagi jika di dalam sesuatu majlis yang libatkan individu yang dirai.
Banyak contoh budi bicara diguna pakai walaupun dalam buku termaktub 'begitu' atau 'begini'. Contoh terbaik adalah saman. Bila sampai waktu budi bicara, potongan harga akan diberi. Kelulusan pinjaman juga banyak dipengaruhi oleh budi bicara pembuat keputusan walaupun mengikut sistem (protokol); bakal peminjam sebenarnya tidak layak.
Kita faham bila berstatus isteri pemimpin nombor satu Malaysia, banyak permintaan untuk jadi penaung itu, penaung ini; jemputan ke majlis itu, ke majlis ini. Segala pergerakan diperhati rakyat. Begitu juga dengan mereka yang benci dan akan ambil kesempatan atas tindakan yang dianggap tidak bersesuaian dengan sesuatu majlis.
Pesanan buat Rosmah Mansur; cuba kurangkan aktiviti ‘menonjolkan diri anda’ setidak-tidaknya untuk 5 bulan terakhir ini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment