Thursday, 11 October 2012

Belum Terlewatkah Untuk Perbetulkan Kesilapan?


Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan

Banyak isu dimainkan oleh kedua-dua penyokong baik penyokong kerajaan mahupun penyokong pembangkang. Ada yang memang isu, ada yang bukan isu tetapi jadi isu, tak terkecuali benda tak ujud juga jadi isu (fitnah).

Ada juga perkara yang tiada tetapi diadakan dan terus jadi isu, apatah lagi jika ianya libat dan beri kesan langsung kepada pengguna - lebih tepat lagi pengundi yang akan mengundi pada pilihanraya umum nanti.

Saya tulis tentang Automated Enforcement System [AES] kerana penguatkuasaannya beri kesan terus kepada rakyat.

Tujuan asal pemasangan AES untuk mendidik pemandu berhemah serta kurangkan kemalangan. Impak selepas 11 hari beroperasi; sebanyak 63,558 kesalahan pemandu dirakam. Dan kesalahan-kesalahan ini meningkat setiap hari - bukan berkurang.

Bagaimana saman terhadap kesalahan tersebut dapat membantu pemandu jadi lebih berhemah serta boleh mengurangkan kemalangan jalanraya; kena minta jawapan dari Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan.

Bila tindakan yang dibuat oleh anggota dalam kerajaan dan keputusan tidak memihak kepada kerajaan; hanya beberapa blogger pro-kerajaan saja yang berani menegur. Bukan dalam isu AES sahaja.

Yang nyatanya - kesalahan semakin meningkat; kemalangan dilapor setiap hari; masyarakat semakin mencemuh AES; tanggapan tangan kanan memberi tangan kiri mengaut semakin luas; dan adakah ini juga boleh mempengaruhi pengundian nanti?

Jika kita boleh betulkan kesilapan, perbetulkanlah. Jika sesuatu tindakan itu hanya akan jadi satu kesilapan di kemudian hari nanti; perhalusi dahulu jangan sampai ianya benar-benar jadi satu kesilapan. Bila disengajakan agak sukar untuk diperbetulkan. Ramai pihak kena bantu perbetulkan. 'Spin' tang mana pun akan jadi isu juga nanti...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...