Friday, 22 February 2013
ISA mansuh, kenapa dengan Sabah?
Kebiasaannya saya mengulas selepas beberapa lama isu berlegar. Hari ini saya menulis berdasar laporan semasa yang belum tentu sahih.
Sila baca apa yang tertulis di blog-blog ini dan cuba kait dan fikir kesinambungannya:
1. TOP SECRET! Apa Tian Chua Buat Dengan Nur Misuari 4 Bulan Lepas?;
2. Dedah! Empat Bodyguard ‘Hebat’ Dari Filipina dan Kaitan Dengan Empat Bekas Pegawai Tinggi ATM!;
3. PENGAKUAN Nur Misuari ... "Tian Chua Saksi Utama SAYA LAKUKAN PENCEROBOHAN di Lahad Datu"; dan
4. Isu Perang Lahad Datu : Skandal, konspirasi, realiti atau propaganda?
Ketika bahang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) semakin hangat - kita dimomokkan dengan isu pajakan Sabah yang akan tamat bulan Mac 2013; pertemuan sulit Tian Chua dengan Nur Misuari (bekas MNLF Filipina); 4 pengawal peribadi Anwar Ibrahim dari Filipina besama beberapa bekas pegawai tinggi ATM; dan kini 150 'gerombolan askar' dari Filipina telahpun berada di Lahad Datu, Sabah bertopengkan 'tentera Kesultanan Sulu'...
Apakah kerajaan Malaysia tidak tercium bahaya yang ditiru seperti dalam beberapa filem Amerika? Apakah setelah berlaku kerosakan baru tindakan akan diambil?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment