Tuesday 22 November 2016

Kenyataan Siapa Lebih Power

Setiausaha Agong UMNO, KuNan buat kenyataan akan mengambil tindakan disiplin terhadap mana-mana ahli UMNO yang menyertai geng Merah turun ke perhimpunan #BERSIH5.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS akan mengambil tindakan terhadap anggota parti yang menyertai perhimpunan BERSIH5, itupun jika ada aduan...

Kenyataan balas Jamal: ...tidak ada seorangpun ahli UMNO yang terlibat. Yang terlibat adalah ahli-ahli NGO; ...bukan turun atas tiket UMNO tapi turun atas tiket NGO...

Sesama sendiri dalam partipun boleh spin kenyataan, masing masing tak kisah. Apa lagi dengan pihak luar, tak begitu?

Kita nilai dan lihat sendiri kenyataan siapa boleh pakai... Jika ramai ahli PAS dan UMNO kena tindakan disiplin; takut nanti semakin kurang undi PRU.

Maka, Ketua Penerangan UMNO Annuar Musa berkata politik adalah satu seni; lahir daripada DNA yang sama... Jadi tak mustahil UMNO, PAS bekerjasama.

Jamil Khir kata kerjasama perlu demi perpaduan Melayu Islam. Aikkk baru semalam ke dua parti ini ditubuhkan?

Naib Presiden PAS Ustaz Idris Ahmad kata Tak Perlu Kerjasama, bubar UMNO dan sertai PAS...

Kita nilai dan lihat sendiri kenyataan siapa boleh pakai... Ada sebelah pihak yang kelihatan begitu terdesak...

Saturday 28 May 2016

Masa Untuk Bersantai


Ini popcorn, bukan dedak

Saya fikir kita sudah boleh bersantai sambil makan popcorn...

Sambil-sambil itu boleh singgah ke blog rakan untuk dapat maklumat terkini Voter Sentimen Ratio (VSR). Jika beliau kemaskini setiap hari lebih baik...

Bukan apa, takut tak sempat PRK saja...


...mari tambah lagi popcorn...




Sunday 6 March 2016

Deklarasi Rakyat


Mari Beri Sokongan

Bukan paksaan tetapi saya juga berusaha melihat masa depan negara yang lebih baik...

Di sini:
https://docs.google.com/forms/d/1vuIKdnzoDln2d5_v07kz1vgUZByV4EILmecK7NjYh54/viewform?c=0&w=1

Tunggu sumbangan sewaktu PRU pula nanti...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...